UMNO perlu segera buat “Disclaimer”  bahawa polisi Ismail Sabri Bukan Polisi UMNO

Hebahkan !!!

 

Oleh : Sirajuddin Ahmad

Keadaan semakin parah dan kemarahan rakyat semakin membuak kepada kerajaan pimpinan Ismail Sabri sejak kebelakangan ini.

Kegagalan yang bermula dari era Tun Mahathir dari soal ekonomi , pekerjaan dan perniagaan , kini merebak kepada hal hal berkaitan covid dan isu isu suntikan vaksin dan denda berkenaan pelanggaran SOP yang melampau.

Belum lagi selesai hal hal bekaitan perkara diatas dan cara kerajaan sisa sisa PH menguruskan nya, kini bala banjir pula datang.

Darinya, terlihat kegagalan menguruskan pertolongan dan bantuan dari kalangan menteri kabinet termasuk Menteri Besar Selangor.

Seolah olah tiada kordinasi dan menteri berkenaan kehilangan punca.

Keadaan bertambah buruk apabila terdapat terlalu ramai menteri bercuti dengan keluarga di luar negara dalam waktu kritikal.

Sambil itu, rakyat diberi khabar derita bahawa mereka tidak boleh keluarkan wang mereka sendiri dalam KWSP.

Bukan wang milik orang lain, malah wang milik sendiri pun tidak boleh di ambil keluar.

Ini belum lagi kisah bank yang mahu sesah RM1 dari setiap transaksi pelanggan walaupun bank bank telah mengistihar keuntungan berbilion bilion ringgit pada tahun kewangan 2020/2021.

Maka dasar dasar tidak mesra rakyat ini sangat menjejaskan kepimpinan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri.

Justeru , UMNO disarankan buat pengumuman atau ‘disclaimer’ dengan kadar segera bahawa apa apa keputusan dari Perdana Menteri DSIS adalah atas pertimbangan peribadinya atau pertimbangan hasil dari persetujuan bersama rakan kongsinya dari PPBM dan PAS.

UMNO perlu lakukan “Disclaimer” ini atas sebab  dasar dasar jelek tidak mesra rakyat ini jangan dikaitkan dengan UMNO.

Tambah lagi DSIS bukan Perdana Menteri yang dilantik oleh MKT UMNO.

Apa apa perjanjian sulit antara DSIS dan rakan kongsinya dari PPBM dan PAS , UMNO tiada kaitan dan tidak bertanggungjawap.

Malah dikata kan MKT UMNO telah berpesan kepada DSIS berkenaaan wang RM10,000 KWSP harus diluluskan.

Terlalu jelas tindakan DSIS berlawanan dengan dasar UMNO, dan sangat berlawanan dengan saranan DSNR.

Apa pun mesej yang harus di sampaikan oleh MKT UMNO kepada rakyat adalah DSIS bertindak atas kapasitinya sendiri dengan nasihat dari golongan yang bukan dari UMNO.

Maka diharap  dengan ‘disclaimer” bahawa UMNO tiada kaitan dengan tindakan DSIS, maka rakyat akan tahu siapa mereka harus hukum atau singgkir pada PRU15 nanti.Sehingga kini UMNO belum dapat apa apa faedah dari kepimpinan DSIS.

Masih belum ada apa apa tindakan drastik berkenaan RCI2 yang babitkan pemimpin Pakatan Harapan , malah kes bekas Gabenor pun belum ada khabar berita.

Jika UMNO tidak dapat manfaat dari Perdana Menteri DSIS, maka UMNO tidak seharusnya menerima mudarat dari tindakan DSIS.

Biar sahaja menteri menteri dan pemimpin UMNO tertentu yang berkiblatkan PPBM menghadap ahli UMNO dan rakyat dengan kegagalan mereka dan UMNO sebagai sebuah parti tidak di heret dan dipersalahkan atas kegagalan individu.

Leave a Reply