Penduduk Di Taman Duta Diarahkan Berpindah Kerana Tanah Runtuh

Hebahkan !!!

KUALA LUMPUR: Penduduk sebuah apartmen di Taman Duta, di sini, diarahkan berpindah akibat berlaku tanah runtuh di kawasan berhampiran berikutan hujan lebat di Lembah Klang, Sabtu lalu.

Memetik laporan portal berita tempatan, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim dipetik sebagai berkata, penduduk di Apartmen Sri Duta 1 diarahkan mengosongkan kediaman masing-masing selepas berlaku tanah runtuh pada bahagian bawah beberapa blok apartmen di situ.

“IKRAM (Institut Kerja Raya Malaysia) sedang meneliti perkara itu dan akan berbincang dengan DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) dan pengurusan pangsapuri (berhubung jalan penyelesaian).

“DBKL kemudian akan memaklumkan kepada saya mengenai laporan itu (daripada IKRAM),” kata Shahidan.

Menurut FMT, Shahidan memaklumkan laporan IKRAM berhubung kejadian itu dijangka siap hari ini.

Sementara itu, memetik laporan The Star, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim dilaporkan sebagai berkata pihak kontraktor sedang melaksanakan kerja mengukuhkan asas tanah di bangunan yang terkesan.

“Kerja-kerja pemantauan sedang dilakukan oleh DBKL setiap hari bagi mengukur pergerakan air dan tanah.

“Sehingga kini, tiada pergerakan tanah dikesan,” katanya yang turut memaklumkan DBKL memindahkan 34 keluarga minggu lalu selepas kerana kawasan itu dianggap tidak selamat oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

Leave a Reply