Mangsa banjir dikecualikan bayar bil TNB Disember 2021

Hebahkan !!!

TNB mengumumkan yang mereka memberikan rebat elektrik sepenuhnya kepada 72 ribu pelanggan mereka yang dikesan terlibat dengan banjir. Inisiatif secara one-off itu akan menyebabkan pelanggan yang terlibat dikecualikan daripada membayar bil elektrik bulan Disember 2021.

Ia selepas pihak kerajaan memperuntukkan RM9 juta daripada peruntukan kecemasan kepada pihak TNB.

Perkara ini sangat membantu mangsa banjir terutamanya dalam fasa pascabanjir. Hal ini kerana, proses pemulihan tentu sekali melibatkan peralatan pembersihan berkuasa tinggi dan inisiatif ini menjadikan penggunaan elektrik sepanjang proses pembersihan adalah percuma.

Tidaklah diketahui sekiranya pengguna yang terjejas perlu memohon kepada pihak TNB untuk menerima manfaat ini atuapun tidak. Untuk maklumat lanjut, and aboleh hubungi saluran berikut TNB Careline di 15454 ataupun SMS mengikut format tertentu di 15454.

SMS ke 15454Dalam pada masa yang sama, pihak TNB turut memperuntukkan RM40 juta bagi tujuan pemulihan disamping RM2 juta lagi ke dalam Tabung Warga TNB Prihatin (TWTP) untuk tujuan-tujuan lain.

Sumber: TNB

 

Leave a Reply