Jual 600 bungkus nasi lemak sehari

Hebahkan !!!

Setiap hari, hampir 600 bungkus nasi lemak daun pisang disediakan Otai Legend yang terletak di Taman Tun Sardon, Gelugor, Pulau Pinang, habis dalam masa beberapa jam.

Pemilik kedai makan Otai Legend, Roslatiny Syawalyn Abdul Latib, 34, tidak menjangkakan nasi lemak daun pisang yang disediakan bersama suami, Hasanul Azlan, 36, mendapat tumpuan penggemar hidangan itu.

“Selain nasi lemak bungkus daun pisang yang dijual pada harga RM1.50. Kami turut menyediakan aneka menu sarapan pagi termasuk mi goreng dan kuih muih.

“Keunikan nasi lemak ini tambah menyelerakan sekiranya ia dipadankan dengan lauk lain terutama ayam rempah, ayam rendang dan rendang kerang,” katanya, ketika dihubungi, baru-baru ini.

Kata Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia itu, Otai Legend mula diusahakan pada 2012,  turut dikenali dalam kalangan pelanggan kerana  keenakan kuih tradisional, terutamanya  pulut udang yang padat dengan inti.

“Selain menu sarapan nasi lemak dan lauk, Otai Legend turut menawarkan kelainan dengan mengetengahkan menu sate untuk sarapan disediakan seawal jam 6 pagi.

“Untuk maklumat lanjut, boleh kunjungi Facebook, Tinie Reborn dan Instagram

tinie reborn atau hubungi 012-5728055 dan 013- 4885508,” katanya. – UTUSAN

Leave a Reply