Di Mana Tan Sri Muhyiddin Yassin?

Hebahkan !!!

Ini ialah gambar lebih setahun lepas ketika banjir pada Disember tahun lepas ketika Muhyiddin menjadi Perdana Menteri. Gambar ini bertarikh 22 Disember 2020.

Sejak 18 Disember ketika ada beberapa negeri dilanda bencana banjir teruk antaranya di Selangor, Pahang dan Kelantan ketika negara masih dilanda pandemik COVID-19 tidak kelihatan di mana keberadaan Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kali terakhir, beliau muncul di khalayak ialah pada 19 Disember ketika beliau menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu yang berlangsung selama dua hari bermula sehari sebelumnya.

Pada masa itu, beliau yang juga Presiden Bersatu dan juga pemimpin-pemimpin lain dikecam di internet kerana masih mengadakan perhimpunan agung ketika negara dilanda banjir.

Bagaimanapun, tidak ada satu kenyataan dikeluarkan oleh Bersatu sebagai kenyataan balas terhadap kenyataan itu.

Selepas itu terus diam seribu bahasa malah lokasi Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri tidak diketahui di mana.

Ada cerita yang menyebut beliau ada di pusat peranginan mewah di Pangkor Laut menghabiskan cuti.

Sebagai Pengerusi MPN, Muhyiddin mungkin diharapkan akan dilihat melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) untuk meninjau keadaan mangsa banjir setidak-tidaknya meninjau tentang penularan wabak COVID-19 di sana.

Ia memandangkan beliau menyandang jawatan Pengerusi untuk fasa pemulihan negara dari pandemik.

Kemaskini terakhir di laman Facebook Muhyiddin juga ialah berkaitan ucap selamat beliau kepada warga Kristian yang meraikan Hari Natal pada 25 Disember lepas.

Dalam ucapannya itu, tidak ada satu pun baris ayat membuat ucapan yang ditujukan kepada mangsa banjir sebaliknya orang ramai perlu berjaga-jaga daripada berlakunya banjir.

Mungkin ucapan Muhyiddin ditulis sebelum banjir melanda agaknya.

Muhyiddn enggan bantu mangsa banjir ke?

Leave a Reply