“Saya ada suami tidur dengan saya, kenapa nak minta Rizal”

Hebahkan !!!

 

KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor, hari ini, dengan nada sebak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, bahawa pertuduhan yang dikenakan terhadapnya adalah konspirasi untuk mengenakan beliau, keluarga dan memalukan suaminya, Datuk Seri Najib Razak.

Akberdin: Datin Seri ada berkata mereka menuding jari dan menjadikan anda kambing hitam. Kenapa?

Rosmah: Jawapannya senang saja, sebab mereka ingin keluar daripada pertuduhan. Mereka tahu bahawa mereka sudah membuat kesalahan, pertama sekali bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

“Mahdzir menyalahgunakan jawatannya, dia mengeluarkan klausa 11 daripada kontrak yang bertujuan melindungi kerajaan dan pernah meminta duit dengan Jepak Holdings

“Dia memang baik dengan Saidi Abang Samsudin, mereka adalah kawan baik….Bila pergi majlis perkahwinan, dia (Mahadzir) berpeluk-peluk dengan Saidi,” katanya.

Akberdin: Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Tan Sri Dr Madinah Mohamad kenapa perlu tudung jari kalau tak berkelahi?

Rosmah: Dia pun membuat kesalahan daripada segi perlembagaan pemberian tender.

“Dia memohon Surat Setuju Terima (SST) keluarkan sehari sebelum bersara dan prosedur rundingan harga tidak dibuat…Nampak sangat ada kepentingan di situ.

“Dia menyalahgunakan kuasa dan sepatutnya didakwa, jadi untuk menyelamatkan dirinya, sangguplah dia bekerjasama dengan Pejabat Peguam Negara untuk menuding jari kepada saya,” katanya.

Akberdin: Bagaimana pula dengan bekas Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pendidikan Datuk Seri Alias Ahmad?

Rosmah: Samalah tu, dia nak lepaskan diri daripada didakwa kerana sudah melanggar tatacara dan undang-undang untuk memberi kontrak daripada Kementerian Pendidikan kepada Jepak.

Pada prosiding itu, Rosmah memberitahu beliau tidak pernah meminta bekas pembantunya, Datuk Rizal Mansor berunding bagi pihaknya untuk mendapatkan rasuah RM6.5 juta membabitkan projek solar hybrid di Sarawak.

Sebaliknya, beliau berkata, sekiranya ingin berbuat demikian, beliau akan meminta bantuan daripada suaminya sendiri, yang ketika itu Perdana Menteri.

“Saya tidak pernah minta Rizal untuk berbincang bagi pihak saya… Bagi saya dia hanyalah seorang kakitangan.

“Kalau saya hendak perkara itu (rasuah), kenapa saya perlu pergi ke Rizal, sedangkan saya ada suami yang tidur dengan saya,” katanya.

Rosmah, bagaimanapun, berkata suaminya sudah beberapa kali memberi amaran supaya tidak terbabit dalam urusan perniagaan dengan mana-mana kontraktor.

“Najib memberitahu saya, anda hanyalah isteri kepada saya. Sekiranya mereka (kontraktor) perlukan sesuatu, mereka perlu berjumpa dengannya.

“Najib jenis seorang yang cakap lembut, dia tidak pernah menjerit pada saya. Beliau bercakap secara lembut dengan saya, tapi saya tahu apa yang beliau maksudkan,” katanya.

Rosmah, 70, dituduh meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima suapan RM6.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin berkaitan projek tenaga solar itu menerusi bekas pembantunya Datuk Rizal Mansor.

Ia sebagai balasan kerana membantu Jepak Holdings memperoleh Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel untuk 369 sekolah luar bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion daripada Kementerian Pendidikan secara rundingan terus.

Rosmah dituduh melakukan kesalahan itu di Lygon Cafe, Sunway Putra Mall, Jalan Putra di sini; di kediaman Rosmah di Jalan Langgak Duta, Taman Duta serta di Seri Perdana, Persiaran Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya antara Januari 2016 dan September 2017.

Perbicaraan kes bersambung 10 Januari ini dan Najib dijangka memberi keterangan.

 

Leave a Reply