Skandal RM700 Juta Keluarga Zeti Jangan di Lupakan.

Hebahkan !!!

Oleh : Sirajuddin Ahmad

Negara sedang menghadapi kriris urusan banjir.

Kelembapan pengurusan agensi kerajaan dan menteri nya telah mengakibatkan kemarahan rakyat.

Merata rata tempat rakyat yang terbabit dengan banjir meluahkan perasaan marah dan tidak puas hati.

Kerajaan dalam situasi  sangat dibenci diwaktu ini.

Namun, dalam menghadapi krisis banjir dan juga bantuan, kes SRC dan IMDB yang di hadapi oleh Datuk Seri Najib tetap berterusan dan berjalan lancar.

Ini bermakna banjir atau tidak krisis atau tidak kes tetap berjalan lancar sehingga DSNR terpaksa memuat naik pada entrinya facebooknya bahawa dia perlu selesaikan perbicaraan sebelum turun menghantar bantuan banjir di Pekan, Pahang.

Maka, atas kondisi yang sama , kita juga jangan lupakan skandal keluarga bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dimana suaminya Taufiq Ayman telah menerima wang RM700 juta milik 1MDB dari Jho Low.

Siasatan PDRM  yang bermula awal tahun ini, masih tiada lagi khabar berita tentang ‘progress’ nya.

Belum ada pihak mahu maklum telah berada di tahap mana siasatan dan sudah berapa ramai disiasat.

Isu ini tersangat panas baru baru ini, sehingga banyak pihak mendesak agar dibuka segera kes dimahkamah kerana membabitkan jumlah yang banyak wang milik rakyat.

Ini kerana kes Datuk Ahmad Zahid Hamidi sekitar wang derma dari penyumbang untuk Yayasan sendiri pun boleh dibuka kes, apatah lagi kes Keluarga Zeti melibatkan wang 1MDB/TIA.

Sebaik sahaja kes memuncak  dan viral , Tun Mahathir pula dimasukan ke wad IJN, lalu bualan berkenaan nya terpendam sebentar  dan reda.

Kini Mahathir sudah keluar dari IJN, lalu beliau membuat kenyataan harus henti ber ”politiking”.

Namun, skandal kroninya melibatkan wang rakyat yang besar bukanlah sebahagian dari “politiking” tapi proses keadilan.

Jika seorang bekas Perdana Menteri boleh didakwa kenapa pula dalam “circumstances” yang sama bekas Gabenor masih tidak didakwa lagi?

Dimana lojiknya? Atau rasionalnya?

Undang undang mesti dilihat diamalkan, Keadilan pun begitu juga.

Semoga tiada “cover up” berlaku atau cubaan sapu bawah karpet terjadi kita terus akan memainkan isu ini demi menegak kan keadilan.

Leave a Reply