Sebanyak 121 Kawasan Kini Pulih Bekalan Elektrik

Hebahkan !!!

SHAH ALAM: Sebanyak 121 kawasan di Selangor mula menerima bekalan elektrik sejak pukul 12 tengah malam tadi ekoran penutupan bekalan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) akibat banjir sejak Sabtu lalu.

Bagaimanapun, TNB menerusi Facebook TNB Careline memaklumkan, sebanyak 210 kawasan belum menerima bekalan elektrik.

Kawasan tersebut ialah 92 di Shah Alam, Sepang (45), Banting (44), Klang (18), Kuala Selangor (10) dan Banting (satu).

Menurutnya, jika banjir sudah surut tetapi kawasan terbabit belum menerima bekalan elektrik, besar kemungkinan pencawang elektrik yang menyalurkan bekalan elektrik ke premis belum benar-benar selamat untuk diaktifkan.

Usaha-usaha sedang giat dijalankan bagi memastikan bekalan elektrik di kawasan-kawasan terlibat dapat disalurkan secara berperingkat, bergantung kepada akses dan keadaan setempat.

Dalam pada itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam Facebooknya berkongsikan gambar perumahan di Taman Sri Muda, Seksyen 25 di sini kembali bercahaya apabila bekalan elektrik disambung semula.

“Taman Sri Muda kembali bercahaya malam ini. Terima kasih seluruh warga kerja TNB,” ucapnya.

Leave a Reply