Penjual Kopi Ini Bancuh Kopi Guna Gerudi Bertukang

Hebahkan !!!
Penjual kopi di Gunung Bromo di Indonesia, bancuh kopi pakai gerudi bertukang.

Kalau di Eropah biasanya ada bermacam-macam cara dan teknologi dalam membancuh dan menghasilkan kopi.

Di sana biasanya dijual kopi premium dan mahal serta ada yang dibancuh dengan ada lukisan di permukaan air kopi yang dikenali sebagai Seni Latte.

Di Indonesia, yang biasanya lubuk kejadian pelik dan unik, ada seorang penjual kopi jalanan yang menghasilkan bancuhan kopinya menggunakan gerudi.

Gerudi bukan sebarangan gerudi, tetapi ia gerudi yang biasanya digunakan dalam sektor pembinaan.

Menurut portal Suara.com, video cara bancuhan kopi dengan gerudi yang dimuatnaik di aplikasi Tiktok jadi tular kerana cara yang digunakan berbeza.

@kenandgrattHebat hebat ya sekarang♬ original sound – Ken & Grat

Ia dimuatnaik oleh pemilik TikTok yang dikenali sebagai kenandgratt sekitar Oktober lepas.

Bagaimanapun, sebenarnya si penjual tidak menggunakan gerudi yang sudah dipakai untuk membina rumah tetapi gerudi baru yang sudah diubahsuai di bahagian matanya dengan sudu supaya memudahkan proses mengacau kopi berkenaan.

Jadi, dia tak perlu menggunakan tenaga yang terlalu banyak untuk membancuh air yang dipesan pelanggannya.

Difahamkan, kopi itu dijual di kawasan pergunungan Gunung Bromo, Indonesia.

Wanita ini bergurau katanya kopi yang dihasilkan berasa seperti besi.

Dalam video berkenaan, wanita yang merasa kopi berkenaan bergurau mengatakan bahawa kopi yang dihasilkan ada rasa besi.

Sehingga kini, video TikTok terbabit telah meraih sehingga 1.9 juta tontonan! Rata-rata netizen juga bergurau dengan mengatakan kopi itu mengandungi zat besi.

Leave a Reply