Pecat Sahaja Menteri Menteri Yang Tak “Perform”

Hebahkan !!!

Oleh : Sirajuddin Ahmad

Menjadi persoalan juga, dengan kesilapan bertahap mega , terhadap respon respon para menteri yang terbabit banjir masih belum dikena kan apa apa tindakan lagi oleh Perdana Menteri.

Ketika rakyat menyuarakan kemarahan kepada kerajaan berkenaan cara krisis diuruskan, beberapa nama menteri kabinet telah disebut sebut.

Dalam hal sama , ada juga menteri yang menerima kecaman secara terus dari rakyat ketika melawat kaawasan banjir.

Dalam masa yang sama , Perdana Menteri juga turut dikecam oleh rakyat.

Paling banyak adalah seruan mahu beberapa menteri dipecat.

Sambil itu ada juga menteri yang menjawap bubar NADMA atau memecat dia tidak akan menyelesaikan masalah, dan bertanya itu kah soulusinya?

Tidak pasti sama adaa itukah solusinya, tapi yang penting rakyat mahu menteri yang mampu perform dan cemerlang, bukan yang bagi banyak alasan.

Negara tidak mampu pertahan hujan dari turun, itu semua rakyat pun tahu, tetapi ‘aftermath”  nya yang diperhatikan.

Cara cara kerja membantu dan bantuan di hulur yang diperbualkan oleh rakyat.

Maka solusi awal untuk meredakan kemarahan ada lah pecat mereka yang tidak cemerlang dalam tugas.

Imej kerajaan lumpuh teruk akibat menteri yang tidak cemerlang dan terlalu banyak politiking.

Ini termasuk Menteri Besar Selangor.

Walaupun kerajaan Ismail Sabri membuat peristiharaan bahawa kabinet 100 harinya cemerlang 90%, namun kejadian terkini berkaitan banjir membuktikan sebalik nya.

Pecat sahaja dan gantikan mereka dengan yang boleh membuat kerja.

Tidak perlu dari parti lain , cukup yang datang dari parti sama sebagai pengganti.

Dalam kabinet terlalu ramai “passenger” sahaja yang menikmati “perk dan benefits” menteri tapi tidak buat kerja.

Sekurang kurang nya imej kerajaan dan Perdana Menteri terlihat serius mahu memperbaiki keadaan jika ada yang dipecat.

Sekaligus Ismail Sabri boleh membuktikan dia bukan Perdana Menteri bawah kawalan pihak tertentu seperti yang disyaki selama ini.

Leave a Reply