Kursus Ketahanan Nasional Akan Dilaksanakan Untuk Pegawai Tinggi Swasta, Kerajaan

Hebahkan !!!

PUTRAJAYA: Maktab Ketahanan Nasional (MKN) akan menawarkan Kursus Ketahanan Nasional (KKN) kepada Pegawai Tertinggi dalam sektor swasta dan pegawai kerajaan gred 52 sehingga 54 yang akan dilaksanakan bermula 2023.

Komandan MKN, Mejar Jeneral Datuk Mohd Nizam Jaafar, berkata sebelum ini KKN berkenaan hanya ditawarkan kepada pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Beliau berkata, menerusi kursus itu, pegawai berkenaan akan diterapkan dengan tiga modul utama iaitu Nasional, Keselamatan Antarabangsa dan Keselamatan Ketenteraan.

“Setiap modul mengambil masa tiga bulan, berbanding kursus yang ditawarkan kepada pegawai ATM ini, mereka perlu melengkapkan dalam tempoh setahun.

“Setiap pegawai kerajaan dan swatsa yang mengikuti KKN ini akan ditawarkan dengan modul berbeza mengikut kesesuaian agensi masing-masing. Sebagai contoh sebelum ini kita menjemput dua pegawai awam daripada Kementerian Pertahanan bawah modul Keselamatan Ketenteraan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui dalam Majlis Graduasi KKN Kohort 2021.

Pada majlis berkenaan, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang turut menyampaikan sijil kepada pegawai yang menyertai KKN.

Seramai 21 Pegawai Kanan ATM berjaya menamatkan kursus berkenaan yang terdiri daripada Angkatan Tentera Darat (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

KKN Kohort 2021 yang bermula 4 Januari lalu itu adalah siri kedua yang diadakan serta disertai oleh peserta berpangkat Kolonel dan Brigedier Jeneral atau setaraf.

Leave a Reply