Yang Dihalalkan Untuk Kelangsungan Hidup, Yang Dicuri Oven Buat Kuih

Hebahkan !!!

Selepas Pengarah Urusan Mydin Holdings Berhad, Datuk Ameer Ali Mydin yang membuat kenyataan seikhlas hati menghalalkan insiden pecah masuk di Mydin Mart Sri Muda di Shah Alam, tular beberapa gambar tindakan mencuri yang dibuat oleh para pelaku insiden itu.

Dalam kenyataan beliau, dikatakan langkah menghalalkan barang-barang yang diambil dibuat kerana kemungkinan mangsa banjir amat memerlukan makanan untuk kelangsungan hidup.

Tidak lama selepas itu, video insiden berkenaan viral menunjukkan mereka yang memecah masuk tidak mengambil makanan sebaliknya banyak peralatan perkakas rumah termasuk perkakas elektrik.

Viral seantero Malaysia ialah gambar seorang lelaki sedang mengangkat dan memeluk satu ketuhar yang diambil dari premis Mydin Mart itu.

Apa kegunaan yang berkaitan dengan kelangsungan hidup?

Gambar lelaki ini jadi kecaman dalam kalangan netizen yang mengatakan bahawa mereka sudah tidak boleh bersangka baik pada pelaku yang memecah masuk Mydin Mart kerana banyak barangan yang tidak ada kena mengena dengan kelangsungan hidup yang dicuri.

Polis juga telah mengesahkan seramai 31 orang telah ditahan berhubung insiden itu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib dalam satu kenyataan berkata mereka yang ditangkap terdiri daripada 10 rakyat Indonesia, 7 Bangladesh, 9 Nepal dan 5 Myanmar.

Kes sedang disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Bukan lelaki itu sahaja, ada gambar lain menunjukkan mereka mencuri wayar pengecas telefon dan juga ada perkakas elektrik lain.

Leave a Reply