Lelaki Guna Taktik Licik Curi Tabung Masjid, Siap Pakai Mangga Sendiri

Hebahkan !!!

Dia hendak curi duit tabung masjid di tukar guna mangga sendiri bagaimanapun tindakan licik itu akhirnya tertangkap.

Itulah kisahnya di Pasir Mas, Kelantan apabila polis berjaya menahan seorang lelaki yang menukar mangga tabung masjid dengan mangganya sendiri dengan niat untuk mencuri.

Taktik itu terbongkar selepas ketika ditangkap, dia sedang membuka tabung berkenaan menggunakan kuncinya sendiri.

Kejadian berlaku di Masjid Kubang Bemban di Pasir Mas.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir, berkata suspek berusia 29 tahun beberapa kali mencuri wang dalam tabung masjid itu dan modus operandinya dengan cara menukarkan mangga tabung masjid.

Katanya, berdasarkan laporan diterima ahli jawatankuasa masjid menunggu kedatangan suspek yang sebelum ini dilihat mencuri wang tabung melalui kamera litar tertutup (CCTV) sejak beberapa hari lalu.

“Dalam kejadian itu suspek datang ke masjid jam 2.30 petang menggunakan basikal elektrik melalui pintu pagar yang tidak berkunci dan terus memasuki masjid dan membuka mangga tabung masjid menggunakan kuncinya.

“Semasa kejadian petang semalam, seorang pekerja membaiki lantai masjid menyedari kejadian itu dan menelefon anggota RELA yang juga ahli jawatankuasa masjid berkenaan, sebelum bersama-sama menahan suspek di ruang solat wanita,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, ketika disoal siasat suspek mengaku mencuri wang tabung masjid sebelum ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 dan 511 Kanun Keseksaan,” katanya.

Leave a Reply