Ayat “Do Not Donate To Government” Kini Trending

Hebahkan !!!

Platform media sosial kini popular dengan banyak kemaskini maklumat berkaitan banjir dengan banyak maklumat berkaitan misi bantuan dan sumbangan untuk mangsa banjir di seluruh negara.

Aplikasi Twitter merupakan antara paling popular digunakan untuk menyebarkan berita dan perkembangan bencana banjir pada waktu ini.

Ketika ini, susulan bencana banjir yang agak mengejut di beberapa buah negeri yang mengalami kerosakan teruk terjadi perbualan hangat dalam kalangan pengguna Twitter apabila ada di antara mereka saling menyalahkan dan menuding jari ke pihak lain antaranya kerajaan.

Ketika ini sedang trending di Twitter ialah ayat “Do Not Donate To Government” kerana rasa tidak puas hati netizen kerana kerajaan dilihat seakan-akan tidak menguruskan krisis ini dengan baik. Ia trending dengan bilangan tweet mencapai lebih 34,000 tweet.

Ayat berkenaan trending kerana ada beberapa anggota jemaah menteri dilihan menganjurkan majlis dengan kos besar semata-mata untuk menubuhkan tabung kutipan derma kepada mangsa banjir.

Pada pendapat netizen, kerajaan sepatutnya ada dana kewangan yang cukup untuk mengendalikan krisis banjir bukannya memohon derma dari orang ramai.

Majlis sumbangan banjir yang melibatkan Datuk Seri Rina Harun.
Tweet dari seorang pengguna Twitter yang turut memviralkan kata-kata berkenaan.

Kata-kata itu popular selepas ada satu majlis yang diadakan melibatkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Harun iaitu Majlis Sumbangan Banjir Keluarga Malaysia yang dipercayai diadakan di sebuah hotel.

Ada juga petikan skrin di Twitter yang memaparkan gambar seorang tokoh dari Jerman yang mengatakan kerajaan yang memohon derma adalah kerajaan yang gagal kerana rakyat sudah pun membayar cukai.

Leave a Reply