Sudah 31,000 Rakyat Mati Covid, 27 Mati Banjir .

Hebahkan !!!

 

Oleh Sirajuddin Ahmad

Ketika Barisan Nasional memerintah dibawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak, Pakatan Harapan memainkan isu kematian Altantuya , Hussain Najadi dan Teoh Beng Hock dan Kevin Morais untuk menjatuhkan Barisan Nasional dan DSNR.

Hari hari ada sahaja benda berkaitan hal ini dimainkan.

Apa sahaja kematian, jika boeh disabitkan dengan Najb akan dimainkan.

Paling lawak adalah lakonan Mahathir dan Mahfuz Omar yang konon nya hubungi Sirul di Australia untuk berbual.

 

 

Dalam lakonan itu Mahfuz sangka dapat political mileage konon nya ada maklumat dari Sirul berkenaan pembunuhan Altantuya.

 

Tapi akhirnya Mahfuz bercakap bersendirian dalam drama “Helo helo Sirul”.

Sebenar nya ia hanya plot mendatangkan kebencian terhadap DSNR sebelum skrip 1MDB disiapkan.

“Accumalating haters dan hatred” dilaksanakan.

Maka presepsi kebencian mesti di api-apikan terlebih dahulu.

Jika sudah benci otak dan fakulti sudah tidak dapat berfikir lagi.

Selain itu, pihak PH dan Mahathir memainkan isu “cincin” , perkahwinan mewah anak Najib, perbelanjaan boros Rosmah.

Ini semua taktik untuk membina kebencian.

Tapi akhirnya semua terbukti palsu dan fitnah semata mata.

Kemudian , kerajaan BN dan Najib berjaya ditumbangkan.

Yang tumbangkan kerajaan BN dan Najib adalah rakyat yang sama juga.

Rakyat yang hari ini menderita berkenaan bantuan lambat, tiada bantuan, tak dapat respon segera berkenaan SOS mereka dan “distres call” mereka.

Berbalik kepada isu kematian rakyat, kita seharusnya simpati dan berasa juga atas sebab kemungkinan yang Mati ada lah saudara mara kita atau kenalan kita juga.

Kali terakhir siasatan my-news.online, jumlah kematian akibat Covid kini Mencecah 30,000 lebih rakyat.

Kematian akibat banjir berlaku baru baru ini sudah mencecah 27 mangsa.

Mungkin ini takdir, namun situasi akan lebih baik jika di urus oleh kerajaan pimpinan BN yang ada pengalaman urus krisis. (crisis management)

Kerajaan yang sudah biasa dengan situasi seperti Lahad Datu, MH370 dan MH17 dan banjir besar di pantai tumur.

Kini, cacian rakyat dan kritikan dasyat diterima oleh kerajaan akibat lambat dan lembab dalam urus darurat.

“Disaster management” oleh kerajaan seolah olah tidak efisien.

Perdana Menteri sepatutnya tunjuk kepekaan dengan memecat beberapa individu untuk menunjuk kan dia bersama rakyat.

Ada Menteri selama ini diambil sebab sokongan dan bukan sebab berkebolehan.

Harga barang naik pun tidak pandai menjawap.

Rakyat hendak tahu apa yang akan dilakukan bukan hendak tahu sebab apa barang naik harga.

Berapa ramai pemborong peruncit dan orang tengah sudah didakwa?

Akhirnya, yang mendapat cacian, kutukan serta makian adalah Perdana Menteri juga.

Namun, yang tersangat jelas dan terang ,  semenjak Barisan Nasional tumbang, rakyat tidak lagi begitu dijaga dan dibela.

Mungkin jika BN masih memerintah dan miliki kuasa total keadaan berkemungkinan akan lebih baik dan terjaga.

Leave a Reply