Penjualan Tiket VTL Malaysia-Singapura Dibekukan Sementara

Hebahkan !!!

 

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan penggantungan sementara penjualan tiket bas dan penerbangan bagi Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) antara Malaysia-Singapura mulai 23 Disember hingga 20 Januari.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada Rabu.

“Bagi pengembara yang telah pun memiliki tiket perjalanan bagi VTL darat dan udara serta memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan, mereka boleh meneruskan perjalanan di bawah inisiatif VTL ini.

“Penjualan tiket bas dan penerbangan bagi kedua-dua insiatif VTL ini akan dibuka semula bermula 21 Januari 2022 selepas penilaian risiko dibuat berdasarkan situasi Covid-19,” ujarnya.

Leave a Reply