Mangsa Banjir Di Jelebu Mula Menerima Bantuan Bekalan Air Bersih

Hebahkan !!!
Para penduduk di kawasan Parlimen Jelebu mula menerima bekalan air bersih dari lori Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) mulai kelmarin.

JELEBU : Penghantaran bekalan air bersih ke kawasan terjejas banjir di Negeri Sembilan menggunakan lori bekalan air semakin giat beroperasi sejak ia bermula kelmarin.

Ahli Parlimen Jelebu Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata satu mesyuarat telah diadakan antara pejabatnya dengan semua agensi kerajaan dan ada satu perkembangan positif di Jelebu dalam usaha memulihkan semula ia daripada bencana banjir.

Menurut beliau, penghantaran bekalan air bersih menggunakan lori hanya bersifat sementara.

“Selepas operasi air paip pulih seperti sedia kala, so rakyat akan kembali nikmati bekalan air paip seperti biasa,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya semalam.

Selepas usai, lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Jelebu semalam Jalaluddin yang juga Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan terus segera melakukan perbincangan tidak rasmi dengan pemimpin masyarakat dan ketua agensi kerajaan pusat.

Beliau turut memaklumkan Jalan Bukit Tangga di Jelebuh sudah dibuka untuk kenderaan awam menggunakannya selepas kerja pembersihan kesan tanah runtuh diselesaikan.

“Saya sudah uji jalan itu, cuma sentiasa berhati-hati jika melalui tempat pasca banjir begini,” katanya.

Beliau turut menyatakan, semasa lawatan Perdana Menteri, beliau melawat beberapa kawasan termasuk Kampung Jerang yang terjejas agak teruk.

“Di sini, Perdana Menteri melihat sendiri keadaan jambatan yang menjadi penghubung dengan Kampung Bemban yang terputus,” katanya.

Leave a Reply