Kakitangan Petronas Beri Zakat Kepada Empat Buah Sekolah Agama

Hebahkan !!!
Pengurus Besar Kanan PMA, Hafiz Azzad Zubir (kiri) menyerahkan bayaran zakat kepada seorang guru agama dari sekolah yang menerimanya.

CHUKAI: Petronas Peninsular Malaysia Assets (PMA) melalui Badan Kebajikan Kakitangan Islam Petronas (BAKIP) menyampaikan sumbangan zakat kakitangan Petronas kepada empat Sekolah Agama di daerah itu.

Pengurus Besar Kanan PMA, Hafiz Azzad Zubir, berkata sumbangan itu diberikan kepada 239 pelajar dan guru agama membabitkan peruntukan sebanyak RM79,000.

Menurutnya, sumbangan zakat itu sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban pelajar dan guru di sekolah agama terbabit.

“Sebagai syarikat yang prihatin terhadap kesejahteraan masyarakat dan pembangunan pendidikan di negara ini, kami terpanggil untuk turut sama menyumbang,” katanya pada majlis ringkas yang diadakan di Markaz Dirasat Al Islamiah, Kampung Semanyor, Kemasik, semalam.

Hadir sama, Pengurus Besar Petronas Pantai Timur, Che Ahmad Tarmizi Abdul Rahman dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kemasik, Ir. Saiful Azmi Suhaili.

Hafiz Azzad berkata, sumbangan zakat itu adalah hasil kerjasama yang dijalankan bersama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu (MAIDAM) Terengganu.

“Melalui kerjasama itu, BAKIP dilantik sebagai wakalah zakat yang berperanan mengagihkan zakat yang dikeluarkan oleh kakitangan PETRONAS kepada MAIDAM pada tahun ini,” katanya.

Leave a Reply