Bantuan Seluar Dalam Lelaki Pun Penting Untuk Mangsa Banjir

Hebahkan !!!

Biasanya di media sosial, apa yang kita dengar selalunya bahan bantuan yang banyak diminta oleh mangsa banjir ialah tuala wanita, pakaian dalam wanita dan lampin pakai buang bayi tetapi sebenarnya banyak barang lain yang orang terlepas pandang.

Di Facebook, pengusaha Homestay Santika, Hasan Suyat satu hantaran tentang barang-barang ini yang sebenarnya penting juga untuk mangsa banjir yang terjejas.

Menurut beliau paling penting ialah seluar dalam lelaki seperti boxer dan spender kerana kaum lelaki juga memerlukan barangan berkenaan.

Katanya lelaki yang bekerja membersihkan dan mengeluarkan selut, ada ramai yang beberapa hari tak mengganti pakai seluar dalam sehingga sudah kotor.

Seluar dalam sendiri untuk diganti sudah banyak yang rosak akibat air banjir.

“Banyak bantuan yang sampai hanya pakaian dalam wanita,” katanya.

Hantaran saudara Hasan Suyat, pengusaha Homestay Santika Hulu Langat yang turut terjejas akibat banjir yang melanda kawasan itu.

Selain itu, Hasan berkata susu kotak atau Milo kotak juga perlu kerana ketika ini di kawasan terjejas banjir kebanyakannya masih tiada bekalan elektrik.

Ekoran ketiadaan elektrik, cerek elektrik tidak boleh berfungsi untuk membuat susu bagi anak kecil jadi susu kotak dan minuman lain dalam kotak amat membantu dalam masa-masa begini.

Hasan juga menyenaraikan krim kulit sebagai barang keperluan yang perlu untuk mangsa banjir kerana kebanyakan mangsa menghadapi masalah kulit kerana bekerja di dalam kawasan yang ada air dan lumpur yang kotor.

Bakteria yang ada di dalam air menjadikan kulit mereka menjadi gatal-gatal akibat jangkitan bakteria.

Bagi mangsa yang ada anak kecil, lampin pakai buang saiz besar seperti XL dan XXL juga penting kerana ada antara mereka yang ada anak kecil yang bersaiz agak besar.

“Kebanyakan lampin pakai buang yang sampai saiz M dan L, tapi ada juga anak-anak dah besar sikit tapi masih gunakan lampin pakai buang saiz besar tapi kekurangan bekalan,” katanya.

Selain itu, Hasan memberitahu bantuan dalam bentuk dapur mudah alih dan gas untuk memasak makanan. Ini kerana kebanyakan bahan makanan yang diberi berupa makanan yang perlu dimasak dan mangsa banjir kebanyakkanya dapur mereka sudah rosak dan musnah.

“Ada yang bagi bihun, sardin, beras dan ayam beku! Isunya banyak rumah yang dapur pun dah hanyut dibawa banjir, nak masak pakai apa? Nak simpan ayam beku pun peti sejuk tak ada,” katanya.

Homestay beliau terletak di Kampung Jawa, Batu 18.5 Hulu Langat dan ia turut rosak teruk akibat banjir yang melanda pada hujung minggu lepas.

Lokasi homestay beliau amat dekat dengan lokasi rumah kampung milik Rodiah Mahfuz yang hilang ranap dihanyutkan air banjir sehingga hanya tinggal tangga rumah sahaja.

Leave a Reply