Banjir : Di Gelar Kerajaan Gagal , Semoga Nama UMNO Tidak Terpalit.

Hebahkan !!!

 

Oleh : Sirajuddin Ahmad

Banjir terbaru yang melanda Negeri Selangor baru baru ini telah mendedahkan betapa gagalnya menteri menteri kerajaan dalam menangani masalah rakyat.

Kenaikan harga barangan pun bukan sahaja  menteri terlihat gagal, bahkan terlihat bodoh dan lembab dalam menjawap.

Gagal selesaikan isu itu, satu perkara, tapi gagal menjawap dengan baik juga satu masalah besar.

Menteri menteri seolah olah  berasal dari planet lain , seolah olah asing dengan isu rakyat.

Kuasa di tangan , peruntukan di tangan , tapi lembab atasi masalah.

Di negara Jepun, mereka sediakan helikopter menghantar makanan “buffer’ kepada mangsa terlebih dulu atau bantuan segera alas perut.

Helikopter menurunkan dengan tali bantuan sementara berupa biskut, air kotak dan air mineral.

Yang dihantar itu untuk bertahan lebih 5-8 jam dulu.

Selepas Tsunami dan gempa bumi sebelum ini, kerajaan dan agensi tertentu negara Jepun merancang untuk “next disaster” bersandarkan apa pengalaman yang mereka lalui.

Pada masa banjir , laluan selalu tersekat akibat air, maka bomba dan pasukan resque tentu hadapi kesukaran sampai kepada mangsa, maka mereka telah sediakan helikopter dan bot yang banyak.

Maka , sepatutnya kerajaan perlu tambahkan aset untuk perkara perkara semacam ini.

Jika ada ramai anggota membantu pun, harus di ingat , anggota anggota itu sendiri perlukan bot dan helikopter untuk sampai kepada tempat kejadian.

Maka bersedialah.

Pada musibah kali ini terlalu jelas, seolah olah mereka yang ada kuasa dan peruntukan terlihat sangat ‘blur” dan buntu.

Akibatnya makian rakyat begitu banyak dimana mana laman web dan media sosial.

Yang terjejas kali ini pula ramai mangsa bencana yang “first timer” yang sebelum ini tiada pengalaman terkena bencana seperti ini.

Ada yang sangka, buat panggilan pukul 10 pagi, bantuan mesti sampai pukul 10.30 pagi.

Ini atas sebab mereka tiada pengalaman hadapi musibah seperti banjir.

Apapun pada keseluruhan musibah ini , pada puluhan ribu cacian, sumpah seranah kepada kerajaan, di harap parti UMNO tidak terkait.

Ini kerana UMNO tiada kuasa urus banjir sebagai pentadbir berskala mega.

Mungkin ada Perdana Menteri UMNO, Menteri UMNO , tapi mereka bukan pilihan UMNO.

Perdana Menteri dipilih oleh Perdana Menteri sebelumnya, menteri menteri pula di pilih dari UMNO majoriti dari mereka yang tidak sebulu dengan kepimpinan UMNO.

Maka , jika hendak buruk atau terpalit, biar lah mereka busuk atas kapsiti sendiri dan jangan kaitkan UMNO.

Jika gagal pun, biarlah mereka bersama dengan sisa sisa dan majoriti saki baki kerajaan gagal sebelum ini , dan jangan seret nama UMNO.

Ini kerana UMNO masih belum dapat  apa apa faedah dari kepimpinan hari ini.

Leave a Reply