Sabah pula selepas Melaka dan Sarawak?

Hebahkan !!!

 

Ada sumber memberi maklum kepada kami di my-news.online bahawa sesuatu sedang diatur dibelakang tirai antara Barisan Nasional  bersama parti Warisan.

Sumber memberi maklum bahawa wakil kedua pihak sedang merintis jalan untuk merialisasikan hasrat ini.

Apa yang menarik dalam perundingan ini , kedua pihak masih berunding dalam  hal menentukan siapa Ketua Menteri yang akan dilantik hasil kerjasama ini.

Namun apa yang pasti adalah pihak PPBM akan disisihkan dan di pinggirkan.

Maklumat juga memberitahu bahawa keinginan kedua pihak kepada persetujuan ini terhasil dari kedua pihak mahu menjarak kan diri dari PPBM atas sebab trend menolak Parti Bersatu bakal menjadi “wave” di seluruh Malaysia yang telah bermula dari PRK2 yang lalu dan di dua PRN di Melaka dan Sarawak.

Shafie Afdal dikhabarkan  juga mahu meluaskan pengaruhnya di semenanjung dan mendapati BN adalah pihak yang paling layak dijadikan “partner” untuk tujuan ini.

Apapun kita tunggu lagi perkembangan seterusnya kerana perkara ini masih lagi bertaraf “pengetahuan sumber” dan belum disahkan oleh mana mana pihak atasan kedua pihak terbabit.

Leave a Reply