Anwar Dan Lim Kit Siang Liabiliti Pakatan Harapan, Pada PRU15

Hebahkan !!!

 

Oleh : Sirajuddin Ahmad

Dalam beberapa siri Pilihan Raya Kecil dan Piihanraya negeri yang lalu , telah jelas terlihat bahawa Pakatan Harapan tewas begitu teruk dibanyak kawasan yang mereka menangi sebelum ini di PRU14.

Apa yang jelas adalah penerimaan pengundi sudah tidak sama lagi seperti sebelum PRU14.

Faktor yang  beri kemenangan PH pada pru14 yang lalu sudah tiada lagi kali ini.

Isu isu yang digunakan PH sudah basi dan tidak lagi miliki daya tarikan pengundi.

Malah salah satu faktor yang ada bersama PH ia itu Tun Mahathir juga sudah tiada kerana Mahathir sudah keluar dari PH.

Pergantungan kepada isu dan skandal pihak lawan sebagai cara untuk raih undi juga sudah tidak dapat sokongan.

Hasilnya PKR dan DAP hilang deposit dibanyak kawasan di Sarawak dan hilang juga beberapa kubu di Melaka.

“Brand” politik yang dibawa oleh Anwar ibrahim dan juga Lim Kit Siang juga sudah ‘outdated” dan tidak lagi “marketable”.

Sambil itu, kesedaran rakyat bahawa kedua dua Anwar dan Lim Kit Siang hanya mengetuai parti keluarga sahaja.

Sudah tiba waktunya Anwar dan Lim Kit Siang harus berundur dari politik negara dan beri laluan kepada orang muda dari parti masing masing untuk menerajui.

Antara kesilapan besar Anwar Ibrahim adalah tersilap pilih kawan dan silap pilih “seteru’.

Orang yang sepatut menjadi musuh dan bahan serangan sepatutnya Mahathir, namun Anwar lebih cenderong menyerang UMNO dan Najib.

Dalam hal ini, Lim Kit Siang nampaknya lebih awal menyedari Mahathir adalah salah satu sebab kesilapan tindakan politiknya.

Lim Kit Siang salah baca berkenaan Mahathir yang licik itu.

LKS percaya Mahathir akan tunai janji serah jawatan Perdana Menteri selepas dua tahun dan berjanji akan berundur jika Mahathir tidak melaksanakan janji.

Lalu apabila Mahathir ‘kencing”kan LKS dan PH, LKS masih belum mahu berundur lagi.

Mahathir tidak tunai janji, dan LKS pun sama juga.

Kredibiliti LKS, Mahathir dan juga PH turut tercalar selain kehilangan kerajaan.

Selain itu, LKS terlihat masih bergayut kepada politik atas sebab mahu selamatkan anaknya Lim Guan Eng yang didakwa rasuah dalam skandal terowong.

Maka perjuanganya adalah untuk peribadi sahaja.

Ringkasnya, dengan kekalahan teruk PH sejak kebelakangan, kedua individu AI dan LKS bakal menjadi ‘liabiliti” kepada PH dan Barisan Nasional akan menerima faedah dan “bonus” pada PRU15 jika kedua watak ini masih berada dalam kepimpinan utama Pakatan Harapan.

Leave a Reply