“Ahli UMNO Jangan Buli Presiden Yang Tiada Kuasa Perdana Menteri” – Kata Seorang Veteran.

Hebahkan !!!

 

Oleh: Sirajuddin Ahmad.

Beberapa hari lalu sebelum kejadian banjir besar , Editor My-news.online sempat menembual seorang veteran politik UMNO.

Hasil dari bertukar fikiran, banyak juga portal ini mendapat maklum dan ‘feedback’ dari veteren ini berkenaan isu isu politik semasa dan lampau.

Dalam sesi bual bicara itu , apa yang paling menarik yang dikatakan oleh veteran ini adalah ungkapan nya yang berbunyi  “ ahli umno jangan lah buli Presiden yang tidak ada kuasa Perdana Menteri’”.

Banyak yang dikupasnya, berkenaan hal ini.

“Mentang mentang Presiden bukan Perdana Menteri, habis hendak disepak keluar dari tampuk kepimpinan’ katanya.

“Macam semut hurung gula, pemimpin umno berebut nak manisan gula dari orang lain yang bukan Presiden tapi ada kuasa Perdana Menteri” katanya.

“Itu sikap buruk dan gelojoh” tambahnya lagi.

“Saya bukan orang Zahid pun, kenal rapat pun tidak, sebab era saya Mahathir dan Anwar, bukan zahid’ ujar beliau.

Veteren ini sambung lagi cakapnya yang minta tidak di rakam secara live, ‘bila tiba masa tukar Presiden esok, tukar lah, tapi jangan tunjuk sikap gila jawatan dan habuan terang terangan’ katanya.

Seperti yang My-news.online sering jelaskan bahawa ramai ahli UMNO sendiri buta sejarah dan tidak peka keadaan, begitu lah juga pendapat Veteran ini yang kita gelar ‘Datuk A’.

Walaupun umno telah memerintah hampir enam puluh tahun, tapi dari awal zaman Tuanku Abdul Rahman , sehinggalah zaman Datuk Seri Najib Razak, kesemuanya menyandang jawatan Perdana Menteri.

Hanya Ahmad Zahid sahaja menjadi pemimpin pertama dari UMNO yang memimpin parti ketika umno menjadi pembangkang dan sekaligus menjadi Presiden UMNO yang tiada kuasa Perdana Menteri.

Maka , ahli UMNO ada yang dapat menerima kenyataan lalu dapat sesuaikan diri , terutamanya di peringkat akar umbi.

Yang sukar menerima hakiat adalah mereka yang berjawatan seperti Ahli Parlimen dan beberapa Ketua Bahagian.

Ada yang tidak sabar menunggu pilihanraya lagi lima tahun , maka mereka melompat kepada parti lawan untuk kelangsungan hidup lalu mendapat gelaran katak.

Kemudian apabila kerajaan zalim dan penipu pula tumbang sebelum lima tahun, katak katak ini mula sedar bahawa mereka masih memerlukan sokongan dari ahli umno kawasan tempat yang mereka khianati.

Lalu, mereka secara berkelompok mencari jalan mengalih kebencian dari diri mereka kepada Presiden UMNO pula.

Maka terlihat lah pelbagai skim memburukan kan Presiden dan memfitnah Presiden pun bermula.

Serangan demi serangan mereka lakukan dengan jawatan dan habuan mereka perolehi, mereka pula dibantu oleh pemimpin UMNO kelompok baru yang dapat jawatan Menteri dari Perdana Menteri parti musuh UMNO.

Kini, apabila Perdana Menteri parti musuh terpaksa berundur, Perdana Menteri dari UMNO yang dipilih pihak musuh pula jadi pengganti.

Parti lawan peralatkan Perdana Menteri UMNO ini untuk menukar kepimpinan UMNO dengan habuan jawatan terhadap pemimpin UMNO supaya kemudian nanti akan menyokongnya bila mencabar Presiden yang tiada habuan untuk diberi kepada ahli.

Ramai juga telah berjaya di pancing, namun ramai juga yang masih bertahan dan masih setia.

Antara skrip untuk menjatuhkan Presiden adalah memainkan kes mahkamah yang dihadapinya yang di cipta oleh kerajaan 22 bulan.

Mereka tidak guna wibawa sendiri tetapi menumpang kes yang dicipta parti lawan ketika menjadi kerajaan sebagai alasan untuk menolak kepimpinan yang tidak ada kuasa memberi habuan.

Inilah sikap jelek yang dimiliki sebahagian ahli UMNO peringkat atas.

Sepatutnya mereka bersama sama membantu melawan musuh Presiden dan mantan Presiden, tapi sebaliknya mereka pula yang menjadi pihak yang memijak pihak sendiri.

Kami sama pendapat dengan veteren ini iaitu piihanraya harus diadakan terlebih dulu dan kemudian baru pilihan parti.

Jika Presiden lama atau baru tetap tiada jawatan Perdana Menteri pilihan UMNO dan bukan pilihan pihak lawan , ia tiada gunanya juga.

Kerana dia mudah diperguna kan sama semacam Perdana Menteri hari ini.

Tidak berkuasa menentukan RCI RCI ditubuhkn , kes kes profil tinggi seperti kes Zeti Akhtar Aziz dibuka segera dan sebagainya.

Maka konklusi kepada ini semua, usahlah hendak halau Presiden seperti menghalau ayam, mahu mengadakan Pemilihn UMNO segera dan sebagainya.

Kita tukar bila tiba waktunya, pertahan Presiden bukan kerana taksub atau suka benci kepada nya, tapi atas kepentingan parti menghalang pihak musuh yang mahu menghacurkan UMNO sebelum pilihanraya ke15.

Leave a Reply