Warga Emas Terperangkap Selama Lima Jam Dalam Air Banjir

Hebahkan !!!

Terperangkap selama lima jam dalam takungan air banjir sehingga ke paras dagu menjadi satu pengalaman yang pasti akan tidak boleh dilupakan bagi satu keluarga di Taman Sri Muda, Shah Alam.

Kawasan itu dikatakan menjadi antara lokasi yang teruk serta dikatakan lambat menerima bantuan serta ramai yang terjejas.

Lebih memilukan, ada warga emas yang bapa kepada wanita yang dikenali sebagai Rose Anne hanya terlantar di atas katil akibat angin ahmar.

Wanita itu menerusi perkongsian di laman sosial Facebook miliknya memaklumkan, semalam ketika air sudah berada di paras pinggang, dia sudah beberapa kali menghubungi bantuan kecemasan tetapi gagal.

Katanya, ketika itu dia bersama lapan ahli keluarga yang lain termasuk ibu, adik dan anaknya, hanya mampu melihat bapa yang berada di atas tilam yang sudah terapung.

“Sebak melihat ayah dan mak ketika air dah ke paras dagu. Tilam ayah dah terapung dan hanya kepala ayah kelihatan dari pandangan saya.

“Saya terpaksa kuat dan terjengkit-jengkit memeluk dua anak ketika itu dan berdoa menanti bantuan dengan penuh sabar,” katanya.

Rose berkata ketika itu sudah hampir lima jam mereka terperangkap dalam banjir dan terkurung di dalam rumah.

Katanya, dia reda jika ketika itu nyawanya diambil asalkan ibu bapa, adik dan anak-anaknya terselamat.

“Bagaimanapun, pada jam 3.40 pagi, mereka akhirnya diselamatkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dengan menaiki bot sebelum ditempatkan di sebuah sekolah sementara waktu,” katanya.

Rose berkata, dia masih trauma dan lesu ketika ini namun bersyukur diselamatkan walaupun kenderaan dan pelbagai barangan lain musnah sepenuhnya.

“Saya faham bantuan lambat sampai disebabkan halangan laluan ke lokasi. Terima kasih juga kepada bomba, pasukan penyelamat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO),” katanya.

Leave a Reply