Ramai Rakyat Yakin, Musibah Banjir besar , adalah jawapan sumpah laknat hamba teraniaya.

Hebahkan !!!

Oleh : Sirajuddin Ahmad

Jika pembaca sempat meninjau dilaman laman sosial dan entri entri di MEDSOS, maka pembaca dapat melihat betapa terlalu banyak posting berkenaan bencana banjir dikatakan akibat sumpah laknat.

Editor My-news.online sempat menghabiskan masa melihat terlalu banyak hantaran hantaran dan ciapan netizen serta rakyat biasa  membuat telahan bahawa seolah olah satu kemurkaan Allah turun yang banyak mendatangkan kemusnahan.

Akibat banjir yang “unprecedented” ini , kerajaan dan kepimpinan pula yang mendapat banyak kutukan serta kecaman dari rakyat.

Sasaran rakyat tertumpu kepada YB YB yang tidak berfungsi, bercuti luar negara dan yang hilang entah kemana.

Ada juga seorang ulama tersohor , dalam ceramahnya memberitahu banjir juga adalah cara Allah menurunkan balanya.

Pada banjir yang melanda kali ini, keadaan teruk yang amat luar biasa dan terjadi kepada kawasan yang belum pernah terjadi dan juga bukan kepada kawasan biasa sahaja , bahkan pada kawasan kawasan bukan tradisi banjir.

Keadaan sangat menakutkan kali ini dengan berpuluh ribu rakyat pasti kehilangan barangan bernilai ratusan juta.

Ini tidak termasuk kenderaan kenderaan mereka yang pasti perlu dihantar kebengkel untuk dibaiki.

Ada banyak juga kenderaan dianggap sebagai “total lost’.

Malahan banjir yang sering melanda pada musim tengkujuh juga tidak terlihat rakyat beramai ramai naik keatas bumbung masjid.

Kemudian, ramai netizen dan pelayar internet , mengaitkan kerajaan terpikul beban menyelesaikan banjir bersama kritikan dan kutukan dari rakyat.

Tidak kurang juga yang menyatakan sebaik sahaja Datuk Seri Najib lafaz sumpah kezaliman terhadap yang berlaku kepada dirinya, maka musibah pun turun dengan dua watak pada kerajaan zalim terpaksa dimasukkan ke wad jantung.

Ini semua bergantung kepada interpritasi masing masing rakyat.

Tiada siapa ada hak untuk menafikan mahu pun mengiyakan secara “outright”.

Baru baru ini , sebaik sahaja DSNR dijatuhi hukuman yang diandaikan oleh majoriti rakyat sebagai “tidak adil” atas sebab banyak bukti tidak diizinkan untuk dibicara tambahan pula ia hanya hukuman “repetitive” dari hukuman bacaan kes pertama ,dari hakim pilihan , DSNR telah membuat lafaz lagi sekali bahawa dia tidak melakukan seperti yang didakwa.

Bersaksikan ratusan ribu rakyat melalui siaran lansung nya , di saksikan juga para malaikat DSNR melafazkan dengan nama Allah yang maha Agung.

Kebetulan , kemudian, watak watak yang dipercayai dalang kepada kes kes rekaan dan dakwaan pula telah ditimpa musibah sehingga terpaksa di”warded”.

Jika ini bukan bala , apakah dia?

Leave a Reply