Jentera BN Bersama Najib Razak Turut Hulur Bantuan Banjir Bantu Mangsa

Hebahkan !!!

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama jentera Barisan Nasional (BN) sejak semalam giat menghulurkan bantuan yang boleh kepada mangsa banjir selepas berlakunya banjir di beberapa tempat dalam negara kerana hujan lebat yang turun berlarutan selama berhari-hari.

Semalam di laman Facebooknya, Najib berkongsi pergerakan pemberian bantuan yang dibuat oleh jentera BN di Hulu Langat yang turut terjejas akibat hujan yang berlarutan berkenaan.

“Saya dan jentera BN bantu apa yang boleh, sumbangan dana, tenaga dan sokongan.

“Kita edar keperluan asas kepada mangsa terjejas di Hulu Langat.

“Semoga sumbangan sedikit sebanyak ini dapat membantu saudara-saudari,” katanya.

Kemudian, beliau sempat meluangkan masa melawat mangsa banjir yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat serta warga emas.

Dalam hantaran berikutnya, Najib berkata beliau sedih melihat keadaan warga emas terpaksa mengharung banjir dan dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) untuk diselamatkan dari banjir.

“Ada banyak keluarga terjejas dengan anak kecil juga.

“Maafkan saya tidak datang awal sikit ke Hulu Langar, ada urusan sedikit dengan team Pekan untuk kami sediakan barang keperluan untuk dibawa ke sini.

“Saya doakan untuk mangsa-mangsa banjir. Harap keadaan bertambah baik dan semua dapat kembali ke rumah tidak lama lagi,” katanya.

Najib semalam turut sempat melawat lokasi PPS di Masjid Alam Impian, Seksyen 35, Shah Alam mengambil berat tentang keadaan mangsa banjir di sana.

Menurut beliau, ramai mangsa banjir bimbang akan keadaan rumah dan harta benda mereka yang rosak akibat bencana alam itu.

“Luangkan sedikit masa mendengar apa yang dilalui mangsa-mangsa banjir.

“Kini, dijadikan pusat sementara untuk mangsa banjir dan tempat teduh bagi yang tidak dapat meneruskan perjalanan pulang ke rumah.

“Ramai bimbang akan keadaan rumah dan harta benda.

“Ada yang tidak sempat menyelamatkan barang kepunyaan. Ambil apa yang ada saja,” katanya.

Beliau faham akan kerosakan dan kerugian yang mangsa banjir hadapi dan bagi beliau paling penting ialah semuanya selamat dan sihat khususnya anak-anak kecil dan warga emas.

Sejak semalam, beberapa lokasi di Malaysia dilanda banjir serta ada kawasan yang dilanda banjir teruk walaupun sebelum ini kawasan berkenaan tidak pernah dilanda banjir.

Antara kawasan yang teruk ialah di Lembah Klang di Shah Alam, Kuala Lumpur dan Hulu Langat.

Turut tular di media sosial Facebook ialah video penduduk di Hulu Langat ada yang sampai menyelamatkan diri di atas bumbung surau ekoran air banjir yang naik mendadak dan cepat.

Leave a Reply