Gempar jumpa mayat selepas banjir surut

Hebahkan !!!

 

SHAH ALAM – Orang ramai gempar apabila menemui mayat lelaki sejurus paras air surut di hadapan pangsapuri Alam Idaman, Seksyen 22 di sini pada Ahad.

Menerusi satu video yang tular menunjukkan orang ramai menghampiri mayat terbabit dipercayai meninggal dunia akibat lemas.

Video berdurasi 0.24 saat itu tular di Facebook dan Twitter sejak malam Ahad .

Sinar Harian kini sedang mendapatkan maklumat lanjut mengenai kejadian itu daripada pihak berkuasa.

Leave a Reply