Di Vietnam Ada Dua Wanita Boleh Hasilkan Haruman Semulajadi Sendiri

Hebahkan !!!
Seorang wartawan dari saluran Youtube di Vietnam menghidu bau di tangan Dong Thi Tuoi yang boleh hasilkan haruman semulajadi.

Biasanya orang menggunakan produk seperti minyak wangi dan semburan badan untuk mendapatkan bau harum yang kekal sepanjang hari tetapi bagi dua orang wanita Vietnam ini mereka nyata amat berbeza.

Seorang tukang jahit di Soc Trang, Vietnam Dang Thi Tuoi dikenali ramai oleh warga setempat kerana dianggap ada kuasa luar biasa.

Kulitnya apabila digosok, akan mengeluarkan satu haruman seperti bau bunga dan ia dianggap sebagai pewangi semulajadi. Dia dikatakan menyedari kuasanya itu kira-kira 2 tahun yang lepas.

Ketika itu, kerana kepenatan, dia menggosok tangan dan kakinya sehingga dia kemudian menghidu bau yang amat harum sebelum menyedari ia datangnya dari badannya sendiri.

“Pada waktu siang, jika anda hendak menghidunya, anda kena gosokkan badan saya dengan tangan anda tetapi pada waktu malam, haruman itu terhasil sendiri dan orang yang jauh dari saya pun boleh menghidu bau itu,” katanya kepada channel Youtube Doc La Binh Tuong.

Dang berkata ada bahagian tertentu di badannya ada yang lebih wangi dan harumannya lebih kuat pada waktu malam berbanding waktu siang.

Ketika dia datang bulan, keharuman badannya menurun sedikit kepada 10 peratus tetapi ia akan menjadi amat kuat ketika bulan penuh.

Cerita tentang Dang mendapat perhatian yang amat meluas di media sosial dengan video yang dimuatnaik berkaitan keadaan luar biasanya mendapat tontonan lebih 1.7 juta.

Ramai orang begitu tertarik dengan kejadian unik itu. Bagaimanapun keunikan cerita Dong terhenti apabila kemudian seorang lagi wanita turut mengaku dirinya juga ada kuasa luar biasa seperti itu.

Wanita kedua iaitu Dung dari wilayah Kien Giang juga mengakui ada haruman semulajadi di badannya seperti Dang apabila badannya digosok.

Bagi wanita kedua ini pula, dia sudah mengetahui tentang haruman yang terhasil dari badannya sejak lama dulu tetapi tidak memberitahu sesiapa pun tentangnya.

Leave a Reply