Akurlah Suara Majoriti Bahagian UMNO Hendak PRU di adakan terlebih dulu.

Hebahkan !!!

 

Oleh : Sirajuddin Ahmad.

Sebaik selesai mesyuarat semua bahagian, maka satu perkara tersangat jelas, iaitu suara majorit bahagian yang mewakili akar umbi umno mahu Pilihanraya umum diadakan terlebih dulu sebelum Pemilihan UMNO.

Jika itu mandat dari majoriti, kepimpinan mesti akur.

Bukan sahaja akur, malah mesti membuat tindakan menjurus untuk hal itu.

Hampir 143 bahagian dilapor mahu PRU diadakan terlebih dulu dari Pemilihan kepimpinan UMNO.

Ahli ahli UMNO sudah faham natijah jika pemilihan UMNO diadakan sebelum pru.

Itu agenda anasir luar.

Perpecahan sudah semestinya terjadi jika ada pilihan parti.

Dengan perpecahan akibat merajuk dan tidak puas hati, maka UMNO berkecamuk dan menghadapi pru dalam keadaan separuh ahlinya dalam keadaan protes, merajuk dan marah kerana calon mereka tewas atau tidak terpilih.

Maka dengan kekuatan yang tidak sampai separuh, UMNO akan hadapi pru dalam keadaan tenat.

Apakah jentera yang sudah merajuk kerana calon mereka tidak terpilh akan  mahu membantu UMNO?

Malah akan ada potensi kerja sabotaj kerana jika kalah teruk pihak yang calon mereka tidak dapat jadi Presiden akan cadang Presiden baru undur diri pula.

Begitu lah natijah,  banyak yang tidak elok jika Pemilihn didakan sebelum PRU.

Selain itu ancaman PPBM untuk mahu menjadi parti dominan sekaligus melemahkan UMNO untuk kepentingan mereka tetap ada.

Ahli umno harus ingat bahawa banyak penyelewengn telah terjadi kepada wang negara ketika PPBM menjadi kerajaan dua puluh dua bulan.

Kesemua penyelewengan yang berlaku belum dapat di punggah atau di siasat atas sebab jawatan dan kementerian utama masih di pegang oleh Menteri PPBM , selain itu kementerian yang lain masih dipegang oleh Menteri dari UMNO yang mesra PPBM atau pun talibarut PPBM.

Maka adalah kepentingan PPBM untuk memecahbelahkan UMNO dan melemahkan UMNO pada pemilihan UMNO.

Ada juga menteri menteri Katak sudah pasang niat mahu tanding dikawasan lama mereka dimana masih ada hubungan baik dengan AJK Bahagian yang pernah mereka pimpin sebelum berstatus “katak”.

Ahli UMNO harus fikirkan ini , hanya sebab mahu tukar Presiden , parti mereka jahanam dan berkemungkinan diharamkan atas sebab sebab yang mungkin direka isunya oleh pihak berkepentingan.

Akhir kata, banyak yang tidk elok dari yang elok jika pemilihan diadakan sebelum PRU.

Ahli ahli UMNO akan kerugian, yang untung mereka mereka yang sudah tanam niat untuk melompat kepada parti lawan atas jenama PPBM, kerana mereka sudah dapat habuan.

Ahli bawahan UMNO dapat apa?

Leave a Reply