Kean Yew tenang melangkah ke fasa separuh akhir

Hebahkan !!!

BINTANG badminton perseorangan lelaki Singapura, Loh Kean Yew bakal mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi pemain pertama republik tersebut meraih pingat di Kejuaraan Dunia.

Pemain berusia 24 tahun itu mara ke pentas empat terbaik kejuaraan edisi Huelva 2021 tersebut selepas menewaskan pemain dari India, HS Prannoy, straight set 21-14, 21-12 dalam masa 43 minit.

Kean Yew berkata: “Gembira. Saya tidak menyangka akan mendapat pingat secepat ini. Tetapi tugas belum selesai, saya perlu fokus perlawanan seterusnya. Perkara utama adalah untuk menjadi agresif dan sabar pada masa sama. Ia akan menjadi perlawanan yang panjang menentang Anders Antonsen, sejujurnya saya amat teruja.

“Saya gembira dapat meraih pingat untuk Singapura, tetapi saya tidak boleh terlalu gembira kerana cabaran separuh akhir bakal menanti.”

Dalam pada itu, Prannoy berkata: “Kean Yewbermain dengan sangat baik. Saya fikir saya bermain dengan baik tetapi saya tidak dapat menjaringkan banyak mata kerana dia bertahan dengan baik. Dia mengekalkan kelajuannya sepanjang permainan. Perlawanan malam tadi mungkin mengambil banyak tenaga dan saya mungkin tidak dapat menolak sebanyak yang saya suka.”

Kemenangan itu membolehkan pemain kelahiran Pulau Pinang tersebut menempah slot separuh akhir menentang pemain nombor tiga dunia dari Denmark, Anders Antonsen.

Kean Yew yang berstatus ranking ke-22 dunia sebelum ini mencipta kejutan terbesar apabila bangkit menyingkirkan pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen

straight set 14-21, 21-9, 21-6 dalam 54 minit pada pusingan pertama.

Pada pusingan kedua, Kean Yew meneruskan rentak kemenangan apabila melepasi ranjau pemain dari Austria, Luka Wraber straight set 21-4, 21-8 dalam masa 25 minit.

Di pentas 16 Terbaik, Kean Yew hanya memerlukan 30 minit untuk menjinakkan bintang Thailand, Kantaphon Wangcharoen apabila bersahaja melepasi pemain ranking ke-20 dunia tersebut 21-4, 21-7.

Untuk rekod, mara ke pentas separuh akhir yang menjamin kilauan pingat gangsa merupakan pencapaian terbaik Kean Yew selepas terkandas di Pusingan 16 Terbaik edisi Basel 2019 setelah tewas kepada pemain Taiwan, Chou Tien-Chen, 13-21, 21-18, 17- 21.

Leave a Reply