Lelaki Diusir Dari Pesawat Kerana Guna Seluar Dalam Wanita Jadi Pelitup Muka

Hebahkan !!!

Apabila keluar dari rumah ke mana-mana pada masa kini, pemakaian pelitup adalah satu keperluan malahan ia adalah mandatori di sesetengah negara khususnya negara ini Malaysia.

Kadang-kadang ia jadi masalah jika ada orang yang enggan mengikut peraturan sebaliknya melakukan sambil lewa asalkan boleh menggunakan sesuatu perkhidmatan tanpa dihalang.

Baru-baru ini, berlaku satu kejadian apabila seorang lelaki diusir keluar dari sebuah pesawat gara-gara memakai seluar dalam sebagai pelitup muka.

Kejadian itu berlaku di Lapangan Terbang Fort Lauderdale di Florida, Amerika Syarikat.

Semasa diminta keluar dari pesawat berkenaan, lelaki berkenaan tetap berkeras mahu kekal memakai seluar dalam itu yang merupakan corak jenis Thong berwarna merah.


Lelaki berkenaa, Adam Jenne dalam kenyataannya kepada saluran berita tempatan NBC2 memaklumkan dia mahu menunjukkan kebodohan untuk memaksa penumpang memakai pelitup muka, padahal mereka masih dibenarkan membuka pelitup muka ketika makan atau minum dalam pesawat.

Kru-kru penerbangan tidak membenarkan Adam Jennie untuk terus berada dalam pesawat tersebut selagi lelaki itu berdegil untuk memakai pakaian dalam merah itu sebagai pelitup muka.

Walau bagaimanapun, lelaki itu akhirnya buat keputusan untuk meninggalkan tempat duduknya dan beredar dari pesawat itu hanya selepas berbincang panjang lebar dengan kru penerbangan tersebut.

Leave a Reply