Stadium 974, Satu-Satunya Stadium Piala Dunia Yang Boleh Ditanggalkan Semula Satu Persatu

Hebahkan !!!
Stadium 974, yang terletak di Doha, Qatar. Ia merupakan satu daripada lapan stadium yang akan digunakan untuk Piala Dunia 2022.

Ini adalah Stadium 974 yang terletak di Qatar dan ia merupakan satu binaan besar yang amat unik kerana ia dibina menggunakan 974 kontena kargo. Kontena yang biasa kita nampak di pelabuhan yang diletakkan di atas kapal.

Stadium ini dibina sebagai satu antara stadium untuk pertandingan Piala Dunia 2022.

Pada satu-satu masa kapasiti stadium mampu memuatkan kira-kira 40,000 orang.

Pada mulanya stadium ini diberi nama Stadium Ras Abu Aboud dan ia baru sahaja dibuka pada 30 November lepas. Ia dijadualkan untuk menjadi perlawanan Piala Dunia sehingga ke peringkat pusingan 16 terbaik.

Selain bilangan kontena, nombor 974 pada nama stadium ini juga diambil sempena nombor kod dail antarabangsa untuk negara Qatar iaitu 974. Ia dibina di satu kawasan tepi laut dengan keluasan 450,000 meter persegi.

Satu lagi keunikan Stadium 974 ialah ia dibina menggunakan konsep modular iaitu bahan yang dibina ia secara pasang siap dan ia boleh digunakan semula jika diperlukan.

Semua kontena yang digunakan juga merupakan bahan guna semula dan ia merupakan stadium pertama bola sepak Piala Dunia yang bersifat untuk kegunaan sementara.

Selepas seleai, semua bahagian di stadium ini akan ditanggalkan satu persatu dan ia akan digunakan untuk membantu negara miskin di benua Afrika. Rekabentuk dan konsepnya adalah rekaan dari para arkitek dari Fenwik Iribarren.

Oleh kerana waktu tempoh penggunaan stadium ini adalah singkat, ia akan menjadi penanda aras untuk pihak lain untuk melihat alternatif mesra alam untuk menganjurkan temasya sukan di seluruh dunia.

Leave a Reply