Pengasas MAMASAB Minta Maaf Kerana Cakap “Tuhan Adalah Makhluk Halus”

Hebahkan !!!
Sabrina Norin, Pengasas MamaSab.

Selepas menyedari perbuatannya salah dan mendapat teguran yang banyak dari netizen, Pengasas MAMASAB, Sabrina Norin membuat permintaan maaf kepada orang ramai selepas dia dikatakan berkata “Tuhan adalah makhluk halus” dalam satu video.

Video berkenaan tular selepas dia membuat kenyataan berkenaan yang menggambarkan Tuhan sama seperti makhluk ghaib lain yang disifatkan sebagai makhluk halus.

Dia berkata setiap manusia tidak lepas dari melakukan kesalahan dan kadang-kadang ada perkataan yang digunakan sesuatu tapi tersalah pilih perkataan sehingga menyebabkan apa yang hendak disampaikan itu jadi salah.

“Mama ambik penyalahgunaan perkataan untuk terangkan sesuatu yang tak nampak sebagai khilaf mama untuk orang yang baru nak belajar mengenalpasti kekuasaan yang luar biasa.

“Terima kasih ambik berat untuk mengelakkan salah faham dalam beragama,” katanya.

Permohonan maaf oleh Sabrina yang dimuatnaik di laman Facebook kepunyaannya.

Sedar dirinya menjadi tumpuan di media sosial dan mendapat teguran netizen, Sabrina Norin menerusi satu posting di Facebook telah membuat permohonan maaf di atas kenyataannya tempoh hari.

Menurut Sabrina, dia akui telah membuat salah dalam menggunakan perkataan ‘makhluk’ untuk menjelaskan ‘satu kekuasaan yang sangat luar biasa’ dan perkataan tersebut katanya lagi tidak sepatutnya digunakan.

“Bila orang menegur itu bukan bermaksud dia benci… tapi dia sayang. Sebab dia tak nak kita buat salah lagi.

“Alhamdulillah.. Syukur.. terima kasih ambil berat.. Sangat luar biasa ukhwah rakyat Malaysia.. saling ingat mengingati supaya semua ke arah kebaikan dan capai matlamat kehidupan yang di tuntut,” katanya.

Dalam pada itu, satu laporan berita di sebuah portal mendapatkan pandangan Mufti Perlis Prof. Madya Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin atau Dr MAZA.

Beliau berkata bahawa ungkapan tersebut jika disebutkan oleh seseorang yang faham maksudnya dalam keadaan sedar, maka pengucap itu menurutnya sudah terkeluar daripada Islam.

Oleh itu, dia meminta individu berkenaan untuk bertaubat kepada Allah SWT dan kembali bersyahadah semula.

Leave a Reply