Lima remaja lelaki ditahan, disyaki terlibat buli pelajar junior di Muar

Hebahkan !!!

police PDRM Brunei Investment Agency Ponzi scheme scam domestic violence abuse victim wild party Kajang police station OCS

JOHOR BAHRU – Lima remaja lelaki berusia 16 tahun ditahan di sekitar Melaka, Kuala Lumpur, Selangor dan daerah ini, disyaki terlibat dalam kes buli seorang pelajar sekolah menengah di Daerah Muar, Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Muar ACP Zaharudin Rasip berkata kelima-lima mereka ditahan hari ini di sekitar Kuala Sungai Baru, Melaka; Kajang, Selangor; Kuala Lumpur dan Daerah Johor Bahru.

Beliau berkata semalam pihaknya telah menerima laporan polis mengenai kejadian seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun yang bersekolah di sebuah sekolah menengah di Daerah Muar, dibuli pelajar-pelajar senior di sekolahnya

“Ekoran dari kejadian tersebut, mangsa telah mengalami kecederaan bengkak di bahagian rusuk kiri dan telah menerima rawatan di hospital.

Hasil siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada beberapa pelajar senior yang tidak berpuas hati dengan sikap mangsa dan rakan-rakannya menyebabkan mereka dibuli,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini, malam ini.

Kesemua remaja berkenaan akan direman di mahkamah, di Muar esok.

Leave a Reply