Lima lagi mayat warga asing bot karam Tanjung Balau ditemui

Hebahkan !!!

KOTA TINGGI – Lima lagi mayat warga asing mangsa bot pancung yang karam di perairan Tanjung Balau, dekat sini, ditemui antara jam 6.45 pagi hingga 7.46 pagi tadi.

Penemuan itu menjadikan mangsa bot karam warga Indonesia meningkat kepada 16 orang.

Timbalan Pengarah Operasi Negeri Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Johor, Kepten Simon Templer Lo Ak Tusa berkata, kelima-lima mayat yang baharu ditemui itu dijumpai berhampiran lokasi kejadian.

“Untuk pagi ini lima lagi mayat telah kita temui membabitkan empat lelaki dan satu wanita.

“Mayat lelaki pertama dijumpai 10 meter dari lokasi, mayat lelaki kedua jaraknya 10 meter.

IMG-20211215-WA0039

Media semalam melaporkan, sebuah bot pancung karam di perairan Tanjung Balau menyebabkan 11 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang dipercayai dari Lombok, Indonesia lemas manakala 25 lagi masih hilang.

Mereka dipercayai berhenti transit di Batam selepas bertolak dari Lombok, sebelum menaiki sebuah bot pancung berkelajuan tinggi untuk memasuki perairan Johor. – MalaysiaGazette

Leave a Reply