Artis Hasilkan Karya Seni Gunakan Penggulung Tisu Tandas

Hebahkan !!!
Artis dari Perancins, Junior Fritz Jacquet yang menghsilkan karya seni berasaskan tisu tandas.

Karya seni yang luar biasa pasti ada unsur keunikan dan unsur luar biasa berbanding karya seni yang lain.

Di seluruh dunia, ada bermacam-macam karya seni terhasil dari arca, lukisan, ukiran dan pelbagai lagi teknik yang akhirnya menghasilkan karya yang menarik.

Bagi seorang artis dari Paris, Junior Fritz Jacquet, karya seni yang dia hasilkan amat berbeza iaitu menghasilkan bentuk wajah menggunakan isi penggulung tisu tandas.

Biasanya kalau penggulung tisu tandas ini, ia akan dibuang selepas tisunya habis. Tapi bagi artis ini, ia ada kegunaan lain.

Hasilnya ialah satu bentuk muka dengan bermaca-macam riak wajah tetapi ia kelihatan agak menakutkan.

Dia mendapat inspirasi menghasilkan sesuatu dengan penggulung tisu tandas daripada karya seni lipatan kertas Jepun iaitu Origami.

Selain tisu tandas, Fritz amat gemar menggunakan elemen kertas dalam hasil karyanya.

Sebelum ini ada yang menghasilkan arca dengan kepala anak patung, kali ini ada pula menghasilkan wajah dengan tisu tandas.

Leave a Reply