Upiak Isil Akui Memang Malas Mandi, Hanya Kerap Mandi Lepas Sertai GV8

Hebahkan !!!
Upiak Isil, penyanyi dari Indonesia yang popular dengan lagu Tak Tun Tuang. Kini dia menyertai Gegar Vaganza 8.

Pasti ramai warga Malaysia yang tahu dengan lagu Tak Tun Tuang yang dinyanyikan oleh penyanyi Indonesia Upiak Isil yang mengandungi lirik berkaitan dia yang masih belum mandi.

Hakikatnya bagi penyanyi itu yang kini sedang menyertai pertandingan nyanyian Gegar Vaganza 8 (GV8), Upiak memang tidak suka mandi.

Bagaimanapun, sifat yang agak pengotor itu berubah selepas dia atau nama sebenarnya Silvia Nanda, 36 tahun. mula menyertai program berkenaan.

Menurutnya, kini dia lebih kerap mandi kerana tidak mahu orang di sekelilingnya berasa tidak selesa dengan dirinya.

“Jujur saya kata semenjak masuk Gegar Vaganza ini saya rajin mandi sebab selalunya tiga hari sekali baru saya mandi.

“Kalau tak mandi nanti team make up terhidu pula bau yang kurang sedap. Nanti semasa nak bersiap atau make up, penatarias tanya kenapa rambut busuk?” katanya menurut portal mStar.

Dia ditemui semasa sidang media selepas tamat konsert minggu keempat GV8 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrjaya pada malam Ahad lepas.

Upiak berkata, dia pernah tidak mandi selama 10 hari berturut-turut tanpa ada rasa rimas dan tidak selesa.

“Saya pernah tak mandi selama 10 hari sebab kalau saya tak mandi saya merasa menemukan dunia yang bebas, tak ada tekanan dan tak ada yang suruh-suruh sebab kehidupan bahagia.

“Saya mandi ini tuntutan untuk persembahan, kalau tak mandi macam mana nak buat persembahan… busuk!!” katanya.

Leave a Reply