UMNO Akan Di Bungakan Barisan Nasional Akan Di Hapuskan.

Hebahkan !!!

Oleh : Sirajuddin Ahmad

Jika di Jerusalem , pihak Yahudi sedang membuat persiapan menyambut kedatangan Dajal Al Masih, maka di Malaysia pula lain ceritanya.

Gabungan Perikatan Nasional sedang membuat sambutan menyambut “individu” yang merosakkan segalanya.

Demi untuk mengelak kan dirinya didakwa pada banyak kes jika dia tidak dapat mengawal “incoming government”  antaranya -RCI menyerah Pulau Batu Puteh, Kes kroni miliki wang ratusan juta dalam akaun di Singapura, memastikan dua musuh dipenjarakan ,  maka satu “Grand Design” politik sedang dilakarkan untuk “accommodate” ini semua.

Dengan menggunakan kaedah “remote control” keatas mereka mereka yang dicengkam ‘kes tergantung” atau pun habuan, maka “master plan” untuk menerima Parti Pribumi Bersatu menjadi parti Induk dan secara sukarela kemudian , kepimpinan pengganti kepada kepimpinan lama UMNO (jika berjaya di tukar) akan secara sukarela atau “paksarela” akan istihar demi kebaikan umat Melayu bahawa UMNO elok dibubar dan menerima Parti Bunga sebagai parti pengganti UMNO.

Sejajar dengan itu satu peristiharan membubar Barisan Nasional dibuat secara rasmi.

Perhatikan analisis editor my-news.online ini,  yang telah pun mendapat banyak maklumat dan info yang dikirim dan juga hasil temuramah bersama beberapa indvidu yang enggan disiarkan.

Masterplan ini akan dilaksana kan sebelum PRU15.

Maka atas sebab itu ada pihak yang tergolong dalam kategori “barua” sedang menyelusup dalam banyak bahagian UMNO dengan membawa guni untuk menekan kan pemilihan diadakan dengan segera sebelum PRU15, bagi tujuan ini.

Mereka mahu menukar “kepimpinan degil dan sukar di godam” kepada kepimpinan lembut dan mesra alam parti Bunga.

Pelan besar adalah UMNO akan dikecilkan dan akan berpecah ketika pemilihan.

Akibat perpecahan kerana PAU , maka “splinter” group dipercayai akan masuk menjadi ahli Bunga dengan alasan alasan kesalahan semua di lontar kepada “team” enggan akur kepada Bunga.

Parti Bunga berharap jika mereka dapat menawan UMNO  pada PAU, maka UMNO akan setuju dibubarkan.

Jika gagal rampas kepimpinan , maka mereka berharap sekurang kurangnya 25% ahli UMNO akan ikut pemimpin tewas masuk kepada Bunga.

Pelan A atau B yang rugi tetap UMNO , yang untung tetap Bunga.

Ini “Masterplan” dan “Grand Design” terhasil dari kertas bocor.

Cubaan mengharamkan UMNO telah gagal, begitu juga membubarkan UMNO.

Pelanduk mungkin lupa jerat, tapi jerat tidak pernah lupa pelanduk.

Atas sebab itu ada pemimpin Bunga ada yang digelar “tidak nampak muka di dewan” dan ada yang yang senyap sunyi sahaja kerana sibuk melaksana kan kerja kerja dan misi ini.

Ini “survival” politik mereka, bukan kepentingan orang Melayu atau Rakyat.

Jika mereka hilang kuasa , ia satu perkara, tapi jika yang dominan selepas PRU15 itu ada lah UMNO, maka ia bala besar untuk mereka.

Maka untuk elak diri mereka pula turun naik mahkamah , maka UMNO mesti di “Bunga”kan dan BN mesti di hapuskan.

Tiada agenda berkenaan rakyat jika yang terbabit itu individu2 tertentu, agenda rakyat hanya di senarai ke100.

Ini mandat mereka, ia bukan pilihan opsyen ” tetapi “the only option’.

(my-new.online ingin mengucap kan terima kasih kepada pelbagai pihak atas sumbangan maklumat)

Leave a Reply