Teman Lelaki Baring Di Tengah Jalan Raya Sebab Merajuk

Hebahkan !!!

Kalau sedang bercinta macam-macam kejadian dan kenangan boleh berlaku dan antara kejadian yang paling biasa ialah merajuk.

Macam-macam ragam sama ada lelaki atau perempuan kalau merajuk.

Ada juga kejadian merajuk yang pelik dan kadang-kadang menakutkan sehingga ada yang pernah cuba untuk bunuh diri gara-gara merajuk.

Bagaimanapun, tular dalam kalangan netizen satu video dari negara jiran Indonesia apabila seorang lelaki dilihat baring di atas jalan raya kerana merajuk dengan teman wanitanya.

Video berkenaan hanya selama 19 saat dikongsikan di platform Instagram Fakta Indo menunjukkan berlaku pertengkaran di antara pasangan berkenaan sehingga kemudian tiba-tiba lelaki itu pergi dan baring di tengah jalan raya.

Dua orang lelaki dilihat cuba untuk mengangkatnya dari terus berbaring bimbang berlaku kemalangan jalan raya pula nanti.

Selepas lelaki berkenaan bangun, dilihat pasangan itu sambung bertengkar tetapi kali ini mereka bertikam lidah di tepi jalan.

 

Leave a Reply