Selangor, KL dan Johor tertinggi kes seks luar tabii libat mangsa bawah umur

Hebahkan !!!

KUALA LUMPUR: Selangor, Kuala Lumpur dan Johor antara negeri tertinggi merekodkan kes seks luar tabii melibatkan mangsa berumur 18 tahun, kata Siti Zailah Mohd Yusoff.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu berkata mengikut statistik polis dari 2019 hingga Nov lalu, sebanyak 287 kes direkodkan iaitu Selangor 94 kes, Kuala Lumpur (39) dan Johor (37).

“Kes bagi negeri lain dalam tempoh itu ialah Sabah (18) Sarawak (17), Pahang dan Perak masing-masing 16 kes, Kedah (13), Pulau Pinang (12), Terengganu (sembilan), Negeri Sembilan dan Melaka masing-masing lapan kes, Kelantan (enam) dan Perlis (empat),” katanya dalam sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan soalan tambahan daripada Wan Hassan Mohd Ramli (PAS-Dungun) yang meminta Zailah menyatakan statistik yang melibatkan seks luar tabii dalam kanak-kanak dan remaja.

Dalam pada itu, Zailah berkata antara umur yang terlibat dalam kes ini ialah di bawah 16 tahun seramai 208 orang.

Katanya, bagi umur 16 hingga 18 tahun pula seramai 82 orang dengan dengan 114 lelaki dan 176 perempuan.

Zailah juga berkata, kementeriannya sentiasa memandang serius isu kepincangan seksual di kalangan masyarakat terutama dalam golongan kanak-kanak dan wanita.

Beliau berkata kes rogol bawah umur dan sumbang mahram adalah jenayah seksual yang berat dan memerlukan inisiatif pelbagai pihak untuk sama-sama membanteras isu itu.

“Beberapa pelan strategik jangka panjang telah dibangunkan untuk mengatasi isu ini.

“Antaranya ialah dasar dan Pelan Tindakan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (Pekerti) yang bermatlamat meningkatkan kesedaran semua pihak termasuk wanita, keluarga dan kanak-kanak,” katanya.

Leave a Reply