Permohonan Rosmah minta Hakim tarik diri ditolak

Hebahkan !!!

KUALA LUMPUR – Rosmah Mansor gagal dalam permohonannya supaya Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan menarik diri daripada mendengar kes pengubahan wang haram dan gagal mengisytiharkan pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang sedang dihadapinya.

Mohamed Zaini adalah hakim yang sama membicarakan kes rasuahnya yang masih berjalan berhubung projek sistem tenaga solar di sekolah luar bandar di Sarawak berjumlah RM1.25 bilion.

Beliau berkata, seorang hakim dikehendaki mempertimbangkan keterangan terhadap tertuduh secara berasingan dan bebas.

“Sebarang dapatan yang saya buat dalam kes solar itu kekal,” katanya.

Katanya lagi, keputusan Mahkamah Persekutuan baru-baru ini memutuskan bahawa seorang hakim, tidak seperti juri, dilatih dalam undang-undang untuk tidak bersikap berat sebelah walaupun membaca fakta berkaitan kes.

Leave a Reply