Dr Puad Tibai RCI Selektif  Lim Kit Siang

Hebahkan !!!

 

Oleh : Sirajuddin Ahmad

Boleh pilih pilih RCI pula, mana yang untung untuk DAP, itu lah RCI yang dikehendakinya, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO ,Dr Puad Zarkashi , mana yang melondehkan DAP dan Pakatan Harapan maka tidak perlu RCI pula.

Puad mengkritik Supremo DAP Lim Kit Siang apabila menyarankan agar diadakan RCI terhadap perkara yang membabitkan musuh DAP atau RCI yang tidak kena pada DAP, tapi dalam waktu sama , RCI2 yang sudah dijanjikan secara rasmi oleh DAP ketika bersama kerajaan “penipu” PH tidak pula di suruh untuk lakasanakan.

Marah betul Lim Kit Siang pada saya. Dia marah kerana saya tuduh dia “ahli politik paling hipokrit” kerana amat selektif dalam menuntut penubuhan RCI. https://bit.ly/31TZugS

Dia cabar saya, apakah saya bersetuju RCI terhadap 1MDB? Besar tapak tangan, nyiru saya tadahkan. Bukankah itu 10 janji utama 100 hari kalau PH menang PRU ke 14?

Tetapi setelah 660 hari (22 bulan) memerintah kenapa RCI 1MDB tidak dibuat. Itu saya kata, Lim Kit Siang bukan sahaja hipokrit tetapi penipu. Mana RCI terhadap FELCRA, Tabung Haji dan MARA?

-Dr Puad Zarkashi–

Setelah Dr Puad tibai LKS, maka LKS naik angin dan cabar Puad jika mahu RCI 1MDB diujudkan untuk menyiasat Datuk Seri Najib Razak di adakan?

Sebaik sahaja LKS melontarkan cabaran, apalagi Dr Puad membalas “kecil tapak tangan nyiru ditadahkan” atas sebab lebih baik ujud RCI 1MDB dari menyiasat Najib di mahkamah.

Akibat sahutan cabaran Puad ini, terus LKS memilh untuk tidak layan Dr Puad lagi. Tanda kekalahan.

Untuk makluman , RCI lebih telus atas sebab sistem mahkamah kita sudah pun diketahui dengan cara DSNR dilayan.

Tambah lagi individu tertentu masih ada kawalan terhadap watak watak dalam fraternity itu.

Mereka boleh atur “skrip” dan pelakon untuk membaca nya.

Pada RCI pula, perlantikan diluluskan oleh DYMM SPB YDPA.

Skop siasatan dibincang dulu.

Maka kerja kerja memasang “orang” dan mengatur “skrip” sukar untuk dilakukan.

Para panel RCI tidak terhutang budi atau takut kepada sesiapa, hatta RCI 1mdb lebih baik dari dakwa Najib di Mahkamah dalam sistem Rule of Law Mahathir.

Maka atas sebab itu lah Dr Puad juga bertanya mana janji janji RCI Tabung Haji, FELDA dan lain lain lagi?

Tersedar dirinya sudah tersepit. Maka LKS akhirnya membuat keputusan untuk tidak lagi melayan Dr Puad.

 

 

 

Leave a Reply