ADUN Hulu Kinta Bawa Sekali Ayam Ke Dalam Sidang DUN Ekoran Tak Puas Hati Harga Barang

Hebahkan !!!

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muhamad Arafat Varisai Mahamad (PKR-Hulu Kinta) menarik perhatian sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak apabila dia membawa sekali seekor ayam proses ke dalam persidangan.

Ia sebagai simbolik ekoran beliau tidak berpuas hati dengan isu harga ayam yang masih tidak selesai.

Beliau berdiri dan membahaskan isu itu ketika sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2022.

Muhamad Arafat berkata perbuatannnya membawa sekali ayam ke tempat duduknya dilakukan kerana isu harga ayam membebankan rakyat dan seolah-olah tidak ada tindakan serius daripada pihak berkuasa.

“Sejak Jumaat hingga hari ini, jawapan Exco bertanggungjawab iaitu ADUN Gunung Semanggol yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan, Razman Zakaria tiada satu cara meyakinkan dan rancangan atau tindakan drastik atau konkrit ke arah menyelesaikan masalah.

“Jadi, hari ini saya bawa satu hadiah yang istimewa termasuk resit ayam yang dibeli di Gunung Semanggol dengan harga lebiH RM10 sekilogram.

“Difahamkan keluar satu Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia oleh KPDNHEP bahawa harga ayam adalah RM9.30 sekilo.

“Maknanya apa yang berlaku di Gunung Semanggol sendiri sangat menyusahkan rakyat sebab kenaikan harga barang,” katanya.

Tindakan beliau memegang ayam selama beberapa minit menimbulkan suasana lucu di dalam Dewan.

Leave a Reply