Ratusan Kepala Anak Patung Di Balcony Of Dolls Tampak Menakutkan

Hebahkan !!!
Arca seni Balcony of Dolls di Caracas, Venezuela. Satu arca seni yang nampak menakutkan.

Permainan anak pantung mengundang reaksi berbeza dari sesetengah orang, ada yang suka bermain dengannya dan ada yang menganggap anak patung adalah sesuatu yang menyeramkan dan menakutkan.

Anak patung seperti Annabelle dan Chucky sememangnya sudah terkenal kerana ia dijadikan asas watak seram dalam filem masing-masing yang melibatkan unsur entiti dan hantu.

Di Venezuela, ada satu tempat di sana menempatkan ratusan kepala anak patung di dalam bandar Caracas dan tempat itu dinamakan sebagai Balcony of Dolls.

Ia terletak di tingkat paling atas sebuah bangunan di tengah-tengah Avenida Este 12.

Balcony of Dolls ini sukar kelihatan kecuali anda seorang yang amat teliti dan peka dengan suasana sekeliling anda.

Dalam kalangan penduduk setempat, ada yang menganggap patung yang ada di balkoni itu ada kaitan dengan unsur-unsur syaitan.

Ada juga cerita mitos yang mengatakan kepala patung di balkoni itu adalah kepala sebenar seorang bayi yang diawet serta dikatakan keluarga yang memiliki bangunan itu ada mempelajari ilmu hitam.

Sebenarnya Balcony of Dolls adalah satu arca seni yang dihasilkan oleh penggiat seni tempatan, Etanis Gonzalez.

Menurut salah seorang anak González, bangunan yang menempatkan balkoni terbabit merupakan milik bapanya yang telah ditukarkan kepada muzium.

Penghasilan arca seni daripada ratusan kepala anak patung itu pula terinspirasi daripada hubungan rapat keluarganya dengan seorang pemandu lori yang menghiaskan kenderaan beratnya dengan anak patung.

Difahamkan, Balcony of Dolls mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan.

Walaupun pada awalnya, arca seni itu tak disukai ramai sehinggakan ada pihak yang mengumpul tandatangan jiran-jiran untuk memaksa keluarga itu menurunkan kesemua kepala patung, kini ramai yang menganggap ia sebagai salah satu lokasi tarikan pelancong dari dalam dan luar negeri ke bandar mereka.

Pun begitu, ia tak bermakna kesemua penduduk berdekatan dapat menerima idea González sehinggakan ada yang sanggup mereka cerita sehingga menyebabkan orang ramai mengelak daripada berdekatan Balcony of Dolls ini pada waktu malam.

Leave a Reply