PN Buat Persedian Sulit Sambut Mahathir

Hebahkan !!!

 

 

Oleh : Sirajuddin Ahmad

Pergolakan antara DAP dan Mahathir semakin menjadi jadi.

Ada juga pihak menyatakan ia pergaduhan lakonan antara DAP dan Mahathir untuk divert dan alihkan kes curi wang 1mdb RM700 juta kroni Mahathir dari menjadi bualan rakyat.

Namun jika ia sekadar “stage dispute” tidak mungkin londeh melondeh terjadi membabitkan Tony Pua melondehkan kroni Mahathir dan syarikat seperti GAMUDA.

Sumber kami mendapati, Mahathir sememangnya cuba menyelusup kepada orang Melayu dan parti Melayu sejak kebelakangan ini.

Saat Mahathir beri ucapan bahawa jika orang Melayu beri peluang kepada PEJUANG berkongsi kuasa. PEJUANG akan membantu menaikan taraf ekonomi orang Melayu seperti bukan Melayu , adalah petanda Mahathir cuba menyelitkan dirinya dengan kaum yang dia sentiasa sindir dan hina.

Baru baru ini Mahathir juga ada membuat kenyataan baru berkenaan orang Melayu.

Antara ucapan  Mahathir konon nya orang Melayu telah menyokong silap parti dan silap pemimpin dan mahu perbetulkan pandangan itu.

Sebenarnya inI semua alasan dan temberang Mahathir sahaja bila hendak menyesuaikan diri dengan keadaan semasa.

Mahathir juga orang yang sama menyatakan DAP sebuah parti rasis dan sesiapa Melayu menyokong DAP adalah pengkhianat.

Tapi, beberapa puluh tahun kemudian, selamba sahaja Mahathir memeluk DAP dan hanya yang di perlu adalah sedikit alasan sahaja untuk membatalkan penipuan nya.

Kini kami mendapat laporan dari beberapa sumber bahawa gerakan menyelitkan Mahathir masuk kedalam Perikatan Nasional sedang di usahakan.

Usaha ini semestinya mahu menampakkan PN lah yang hendak Mahathir dan bukan Mahathir yang hendak PN.

Ia kerja gerakan talibarut Mahathir dalam parti PPBM dan UMNO.

Itu sebab walaupun Mahathir bukan dalam PN tapi talibarut dari Bunga dan UMNO tidak menghentam Mahathir.

Apa pun laluan untuk sambut Mahathir mesti setelah Najib dan Zahid dijatuhkan hukuman untuk merealisasikan kehendak Mahathir atas konon alasan “sudah tiada perompak dalam UMNO” lalu konon nya baru lah Mahathir terima PN.

Mahathir mesti sentiasa bersama dengan pihak yang menang supaya dapat menjamin dia tidak di dakwa dan anak anaknya selamat jika dia bersama mereka yang berkuasa.

Mahathir tidak akan mahu terlihat dia yang perlukan orang atau pihak lain.

Egonya terlalu tinggi.

Najib dan Zahid mesti dikenakan hukuman bukan sebab bersalah , tetapi sebab laluan politik Mahathir.

Dari sumber kami , pemimpn tertinggi PAS sudah ada yang menjengok Mahathir dipejabatnya untuk membentuk lalaun untuk sambut Mahathir.

Mahathir guna ancaman Anwar terhadap PAS.

Antara ploy yang lojik adalah semua pemimpin dalam PN susah untuk berdailog atas sebab kepentingan parti masing masing dan hanya Mahathir sahaja konon nya boleh jadi jambatan dan tali pengikat.

Zahid dan Najib mesti disingkirkan kerana menjadi batu penghalang pada tujuan ini.

Pemimpin UMNO ProBunga akan menjadi talibarut untuk tujuan ini dari dalam UMNO.

Mereka diarah untuk percepatkan pemilihan UMNO untuk tujuan menyalin kepimpinan kepada Rejim proBunga dan Mahathir.

Atas sebab ini semualah parti PEJUWANG duduk ditengah tengah antara kerajaan dan pembangkang di Parlimen.

Kedudukan “third force” dalam Parlimen dan tiada kesungguhan menarik ahli antara bukti tujuan ini.

UMNO baru dengan ketiadaan pemimpin berani dan separuh ahli enggan sokong Presiden baru akan sanggup terima pengagihan kerusi sama banyak antara parti 3 juta ahli dengan parti ahli sedikit seperti Bunga atas sebab kedudukan sebagai Presiden lemah.

Skrip Mahathir apabila semua parti menjadi barua nya dalam PN adalah “saya kembali kepada PN dimana parti Bunga dan UMNO ada lah juga parti yang saya asaskan’.

Hakikat sebenar adalah Mahathir perlukan undi dan sokongan orang Melayu untuk survival politik peribadi dan anak anaknya.

Orang Melayu sudah tidak perlukan Mahathir lagi, 22 puluh tahun Mahathir sentiasa utamakan kroninya sahaja sejak bila Mahathir sayang Melayu?

Yang penting kepada Mahathir, sudah tiada lagi parti dominan seperti UMNO walaupun miliki 3 juta ahli tetapi kerusi sama banyak dengan parti Bunga dan mungkin tidak menang semua, maka tiada lagi suara kuat mahu mendakwa penyelewengan Mahathir Muhyiddn dan Azmin.

Itu yang sebenar.

Leave a Reply