Wanita Di Aceh Rebah Kerana Tidak Tahan Sakit Ketika Disebat Akibat Berzina

Hebahkan !!!
Wanita ini rebah dan terjatuh akibat tidak dapat menahan sakit disebat ketika menjalani hukuman itu kerana kesalahan berzina.

ACEH: Kerana tidak mampu menahan sakit disebat menjalani hukuman kerana berzina, seorang wanita di Aceh, Indonesia jatuh rebah.

Dia dihukum disebat sebanyak 17 kali bersama pasangannya.

Hukuman dikendalikan seorang pegawai atau Algojo, yang memakai jubah coklat dengan memakai topeng muka bagi melindungi identiti mereka.

Wanita memakai pakaian tradisional Islam itu disebat dengan rotan buluh.

Satu gambar menunjukkan dia rebah ke tanah dalam kesakitan ketika hukuman itu dijalankan.

Sementara itu, pasangannya yang sudah disebat hanya melihat ke arah penonton ketika hukuman rotan itu turun naik menyebat pasangannya.

Skuad sebat elit semua wanita dilatih melaksanakan hukuman kepada pesalah wanita.

Ketua Penyiasat Polis Syariah Aceh, Zakwan berkata, lapan wanita dilatih dengan teknik sebatan sesuai dan mengikut panduan dalam meminimumkan kecederaan kekal.

“Kami melatih mereka memastikan dan mengajar cara sebatan yang betul.

“Ia macam doktrin yang diberikan kepada mereka supaya lebih memahami peranan dan tidak rasa belas kasihan kepada mereka yang melanggar hukum Tuhan,” katanya dalam portal Daily Star.

Leave a Reply