UMNO Sedang Mengadakan Mesyuarat Perwakilan Sayap Dan Bahagian Seluruh Negara

Hebahkan !!!

KUALA LUMPUR: Pada hujung minggu lepas dan minggu hadapan, ada berlangsung Mesyuarat Perwakilan Sayap dan UMNO Bahagian di seluruh negara melibatkan sayap Pemuda, Puteri dan Wanita iaitu pada 11, 12 dan 18 Disember 2021.

Kelmarin berlangsungnya Mesyuarat Perwakilan sayap Wanita dan semalam Mesyuarat Perwakilan Sayap Pemuda UMNO secara serentak di seluruh negara dan pada hujung minggu ini akan berlangsung Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian pula secara serentak.

Difahamkan intipati usul yang akan dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan adalah keputusan UMNO untuk menggesa kerajaan untuk mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 dahulu atau membuat Pemilihan UMNO dahulu.

Perkara berkenaan dikhabarkan turut dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 8 Disember yang lepas.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan UMNO melalui Setiausaha Agong UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan, MKT UMNO berharap mesyuarat berkenaan akan berjalan lancar.

Perhimpunan Agung UMNO pula dijadualkan akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur pada 13 hingga 15 Januari tahun depan secara hibrid iaitu gabungan kehadiran secara bersemuka dan secara maya.

Dalam kalangan rakyat, kebanyakannya mahu PRU15 diadakan pada awal tahun depan memandangkan kerajaan yang ada sekarang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak begitu stabil untuk membuat dasar pembangunan dan ekonomi untuk memacu kemajuan negara.

Dengan PRU yang diadakan, rakyat boleh memberikan mandat baharu kepada barisan kerajaan yang baharu untu memimpin negara ke arah fasa pasca pandemik COVID-19 atau fasa endemik nanti.

Pentadbiran dan penyampaian kerajaan akan dapat dilaksanakan dengan lebih baik dengan kerajaan yang lebih stabil.

Leave a Reply