Pemilihan UMNO Sebelum PRU 15- Umpama Jong Pecah Ikan Yu Kenyang

Hebahkan !!!

Oleh : Sirajuddin Ahmad

Rata rata mesyuarat Wanita Bahagian menolak untuk diadakan Pemilihan Parti UMNO sebelum PRU 15.

Mungkin juga bahagian bahagian ini sudah faham ancaman pemilihan pemimpin UMNO akan akibatkan perpecahan yang sangat besar.

Ancaman pemilihan kepimpinan UMNO kali ini tidak sama dengan pemilihan sebelum ini, atas sebab ujud Parti Bunga yang mahu melemahkan UMNO dan kemudian menyambut kemasukan Tun Mahathir kedalam PN.

Tun Mahahir yang mencuba mengharamkan UMNO melalui orang lain dan pihak agensi telah gagal sebelum ini.

Maka cubaan kali ini akan menggunakan watak tertentu atau talibarut dan mereka mereka yang di beri jawatan dalam kerajaan keluarga Malaysia untuk melaksanakan hasratnya.

Jika ramai tidak tahu, Mahathir sentiasa konsisten dengan matlamatnya, cuma kaedah yang digunakan sahaja yang berubah ubah.

UMNO yang miliki ikon Melayu seperti Dato Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak tidak disukai oleh Mahathir, kerana beliau mahu menjadi ikon yang utama

Atas sebab itu Mahathir pura pura akur dengan keputusan mahkamah mengharamkan UMNO tanpa protes atau rayuan.

Sambil itu aset UMNO yang asal itu  entah kemana perginya , dan Datuk Seri Najib Razak menyindir Tun Mahathir dan Kadir Jassin berkenaan harta UMNO yang di tangan Kadir Jassin.

Kemudian , Mahathir mengujudkan UMNO baru yang dia sendiri miliki keahlian nombor satu dan menyisihkan hampir separuh ahli UMNO yang menyokong Tengku Razaleigh Hamzah dari menjadi ahli UMNO Baru.

Kini Mahathir masih pasang niat mahu menghancurkan UMNO sedia ada.

Presiden UMNO sedia ada Zahid Hamidi di suruh bubarkan UMNO tapi apabila enggan Mahathir perkenakan puluhan dakwaan menggunakan wang sendiri dari yayasan sendiri.

Tapi apabila Zeti Akhtar dan Nor Yakkob perguna dan mengalihkan wang 1MDB masuk akaun peribadi mereka di Singapura , Mahathir buat bodoh dan “act dumb”.

Amat pelik Mahathir tidak cuba gulingkan Muhyiddin Yassin ketika menjadi Perdana Menteri.

Mungkin atas sebab percaturan jika di gulingkan , sama ada Zahid atau Anwar yang akan naik, maka Mahathir tidak boleh tidur malam.

Berbalik kepada isu bahaya jika pemilihan UMNO diadakan sebelum PRU15 , ia ada banyak.

Antaranya perpecahan yang akan berlaku apabila ada puak yang kalah dan tidak menyokong Presiden Baru.

Maka Presiden baru akan lemah dan menjadi lauk dan “sitting duck” kepada Tun Mahathir dan PPBM.

Ketika ini pun ada pemimpin UMNO berjawatan tertinggi kerajaan pun akur kepada Mahathir dan Muhyiddin , apatah lagi jika  jadi Presiden yang lemah yang disokong hanya separuh ahli dan ketua bahagan sahaja.

Sambil itu, jika yang menang masih pihak sama sepeti Zahid atau Tok Mat Hassan , maka pihak yang mahu “Regime change” akan buat perangai dan mencari jalan untuk merlompat kepihak sebelah sana dengan alasan baru dan tidak bergelar katak.

Maka , salah satu pun UMNO akan berpecah juga dan lemah.

Itu lah yang dikehendaki oleh Tun Mahathir dan PPBM.

UMNO yang dominasi dan kuat selepas PRU15 adalah ancaman terhadap Mahathir dan Muhyiddin atas sebab banyak penyelewengan dan salah guna kuasa ketika menjadi kerajaan 22 bulan yang hingga kini belum dapat diselongkar atas sebab kekangan dan kawalan kuasa .

Malah kes semudah curian RM700 juta 1mdb oleh kroni Mahathir pun masih belum berjaya dibuka atas sebab kekangan Mahathir dan Muhyiddin dibelakang tabir.

Begitu juga RCI menggadai Pulau Batu Puteh dan penjualan tanah Tabung haji dan aset aset lain negara.

Maka, beringat lah wahai ahli UMNO, pihak lawan sangat bersedia menyelusup apabila ada pemilihan parti sebelum PRU15.

Mesyuarat MKT sahaja pun sudah bertekak tekak menghentak meja dan tidak bertegur sapa, apatah lagi Pemilihan UMNO.

Taburan wang pihak luar akan buat ramai pemimpin pertengahan UMNO tergoda.

Maka , hindari lah dari pemilihan sebelum PRU, kerana yang akan rugi adalah ahli akar umbi, yang akan kehilangan semuanya.

Umpama pepatah, Jong bila pecah , ikan Yu yang kenyang.

 

 

 

 

 

Leave a Reply