Mata Semua Pihak Kini Tertumpu Pada UMNO

Hebahkan !!!

Mata semua pihak seperti parti dan pemerhati politik kini tertumpu pada UMNO untuk mengetahui sama ada parti itu mahu menggesa untuk diadakan Pilihan Raya Umum (PRU) terlebih dahulu sebelum diadakan pemilihan parti.

Ada pihak tertentu mahu pilihan raya diadakan pada awal tahun depan selewat-lewatnya sebelum umat Islam berpuasa dan ada pihak yang mahu PRU diadakan pada bulan September pula.

Sebagai satu daripada parti orang Melayu terbesar di Malaysia, parti lain termasuk dari pembangkang iaitu Pakatan Harapan sentiasa memerhatikan perkembangan dalaman UMNO untuk mempersiapkan strategi mereka untuk berdepan sebarang kemungkinan termasuk PRU.

Tambahan pula, ketika ini Perdana Menteri ialah dari UMNO iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dikatakan mahu mendesak untuk PRU diadakan pada awal tahun depan untuk membolehkan satu kerajaan lebih stabil dibentuk dengan mandat dari rakyat melalui undi pilihan raya.

Sebarang gerak dan keputusan dari UMNO akan membuatkan parti lain akan membuat segala perancangan perlu jika Ismail Sabri akan menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen.

Perjalanan negara selepas PRU adalah satu perjalanan yang penting memandangkan ia adalah satu tempoh negara benar-benar sedang dalam fasa pemulihan akibat pandemik COVID-19.

Pada Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada 8 Disember lepas, UMNO dalam satu kenyataan menyatakan rasa kecewa mereka pada keputusan Mahkamah Rayuan ke atas kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dikekalkan sabitan bersalah dan dikekalkan hukuman penjara selama 12 tahun.

Tahun depan akan menjadi satu tahun yang akan dipenuhi peristiwa warna-warni politik tanah air dan hampir pasti ia adalah tahun PRU ke-15.

Leave a Reply