Marah Dengan Bos, Tempat Kerja Dibakarnya

Hebahkan !!!

BANGKOK: Kerana terlalu marah kerana majikan sering membuatkan dia sering tertekan, seorang pekerja di Thailand melakukan perbuatan membakar tempat dia bekerja.

Pekerja wanita berumur 38 tahun yang bernama Sirisini Ann Sriya ini telah dituduh mengakibatkan kebakaran di sebuah gudang Prapakorn Oil di Thailand.

Dia dipercayai bertindak membakar gudang tersebut menggunakan pemetik api dan mencampakkan kertas yang dibakarnya ke dalam bekas bahan api.

Kebakaran yang berlaku telah mengakibatkan syarikat tersebut mengalami kerugian sebanyak lebih 40 juta Baht (anggaran lebih RM5 juta).

Hal ini disebabkan api yang cepat merebak ke seluruh bangunan yang pernah menjadi tempat simpanan ribuan liter tangki minyak.

Gambar-gambar serta rakaman video yang menunjukkan situasi semasa api sedang merebak dan kepulan asap hitam yang datang dari gudang di daerah Nakhon Pathom tersebut telah banyak tersebar di media sosial dan berita tempatan.

Gambar petikan video dari kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan suspek menuju ke bilik tempat bermulanya kebakaran di premis berkenaan.

Menurut sebuah rakaman daripada litar tertutup (CCTV), tertuduh Ann Sriya terlihat berjalan ke dalam gudang bersama sekeping kertas di tangannya sebelum hilang di sebalik deretan kontena di sebuah unit rak.

Suspek telah pun ditahan oleh pihak berkuasa tempatan di rumahnya di daerah Sam Phran serta mengaku bersalah menyebabkan kebakaran.

Menurut polis, suspek mendakwa majikannya itu, Pipat Ungrapakorn, 65 tahun, telah menyebabkan dia stress dan dipercayai ia merupakan punca dia bertindak membakar gudang tempat kerjanya itu.

Ann Sriya telah ditahan oleh pihak polis pada 1 Disember lalu dan dikatakan ia merupakan kebakaran kali kedua yang berlaku di gudang berkenaan.

Menurut Mejar Jeneral Chomchawin Purthananon, suspek dipercayai telah bekerja di bawah syarikat tersebut selama 9 tahun.

“Dia (Sirisini/Ann Sriya) berkata majikannya telah membuat teguran tentang prestasi kerjanya dan ia telah menyebabkan dia stress setiap hari. Dia juga tidak menyangka kebakaran yang berlaku telah menyebabkan kerosakan sehingga ke tahap ini”- kata Mejar Jeneral Chomchawin Purthananon

The Bangkok Post telah menyatakan kebimbangan lain yang berkemungkinan boleh terjadi kerana laluan air dan persekitaran sekitar mungkin boleh tercemar dengan petrokimia selepas kemalangan ini terjadi.

Leave a Reply